Monday, January 21, 2013

memory indah di mabul sipadan sabah, borneo

trip ni kami 3 beranak je sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke lima.

kami berlepas dari penang dan bermalam di rumah abang di sepang. kemudian boarding dari LCCT ke airport tawau. keluar dari airport je driver dari sipadan water village dah tunggu untuk "angkut" kami ke sempoarna seterusnya naik bot ke pulau mabul.

selepas lebih kurang 45min sampai la kami di jeti sipadan water village. rasa cam vip lak bila staff welcome! kami diberi towel basah kemudian terus diberi minum segelas ice tea. fresh rasa.

sampai2 je nampak budak2 bajau laut tengah bersampan.. bogel je.. view masa tu superb! air surut.. crystal clear water dengan coral.. memang cantik sangat2..

aftet lunch baru staff SWV briefing kami.
kebetulan ada trip pulau sipadan.

so terus kami salin baju then naik boat ke sipadan. oh ya nak masuk sipadan ni bukan senang ye sebab kena ada permit. rm40 seorang. sampai kat sipadan jetty kena register. dalam panjang2 list tu cuma kami 3 beranak jer orang malaysia!

then saya dan husband gilir2 snorkeling..
best.. ikan memang banyak sangat. besar2 gedabak. penyu pun banyak.. shark pun ada..

tapi laut agak bergelora.. gambar2 underwater tak berapa jadi!

cikput dah sedih sebab tak dapat terjun.. sorry sayang mama tak berani.. lagipun dia tak pandai nak pakai google lagi.

dalam pukul 4 kami bertolak balik. sampai di dive center ada minuman ringan. pukul 6 baru check in bilik.. bilik pun cantik.. masa tu hujan. air pasang dan bergelora..

hari kedua kami ke perkampungan bajau dan shopping cenderahati dan tshirt.

3 hari di mabul sipadan memang tak cukup. kami plan akan datang lagi dalam
waktu terdekat ni. nak snorkeling lagi.

bajet sipadan water village ni lebih kurang RM 500 per head per day.

tapi dengan service dan pakej saya rasa sangat2 berbaloi dan selesa...

bagi saya SIPADAN MABUL memang destinasi terindah di Malaysia..

tak sabar untuk kembali lagi.....

picture: kredit to my husband freelance photographer at magiclensa :)



























Post a Comment