Saturday, January 19, 2013

cuti-cuti di sipadan water village, mabul sabah

PULAU SIPADAN adalah salah satu pulau yang memang saya teringin sangat nak pergi..

bestnya akhirnya 15 january baru-baru ni sampai juga.

kami pergi bertiga saja.. drive ke LCCT dan amik flight air asia turun ke tawau.
kemudian naik transport yang disediakan pihak resort terus ke sempoarna. dari sempoarna terus gerak ke mabul!

sampai di sipadan water village kami disambut mesra dan diberikan towel basah untuk yang segar. kemudian terus ngap lunch! pulun seafood lah..

after lunch baru check in! memandangkan ada trip ke sipadan.. kitorang terus follow trip ke pulau sipadan!!! wah tak menyempat2 nak snorkeling.. tapi memang tak berapa puas sebab bawa cikput so kena gilir2 terjun! cikput pulak buat muka sedih sebab tak boleh terjun.. tak berani sebab laut agak bergelora!

snorkeling di Sipadan memang heaven!!ikan sangat banyak dan besar!! coral pun cantik!
sempat la tengok ikan sebesar meja, jerung serta penyu!! terbaikkkk!!

petang ada kuih2 dan tea disediakan di dive center. kemudian petang baru masuk bilik! sangat selesa tidur di chalet di atas laut!...

view sangat2 cantik!

hari ke 2:
lepas breakfast kami just snorkeling di keliling resort. ada trip ke kapalai tapi tak
join sebab cikput pun tak berapa sihat! kami just round pulau mabul, photoshoot... yang menarik perhatian adalah budak2 bajau laut! kecik2 tapi skill kat laut memang superb! dorang ni takde ic, tak sekolah dan memang berumah atas bot ja.. unik!!

hari ke 3;
just lepak2 kat bilik kemudian shopping cenderamata.. after lunch kitorang check out...

memang tak puas lah!! memang akan datang lagi dalam waktu terdekat ni!

layanan dari SIPADAN WATER VILLAGE memang superbb!! sangat nice...

gambar2 sini just dari my iphone..
later saya akan upload dari DSLR ya?

sipadan-mabul memang heaven! mang akan pergi lagi :)












Post a Comment