Friday, September 21, 2012

bunga mawar terbantut

saya ada 3 pokok bunga mawar yang agak terbantut. warna pink, merah dan orange... musim hujan ni nampaknya mula tumbuh tunas baru. jadi hari ni merumput sikit agar boleh tumbuh lebih subur.

my blog number best ( oh my english!)

klik keluar view 12220

klik lagi sekali ingat nak keluar 12221

tapi tak sempat lak!

ok la tu blog ni baru aktif 5 bulan..
baru nak merangkak!

:)

harvest for today

lambat sikit post harini..

saya kutip apa yang ada di tepi rumah

pucuk manis, pucuk labu, cili, bendi, parsley, daun bawang,basil, ulam raja, roselle dan peria! cukup untuk makan tengahari.

Wednesday, September 19, 2012

testimoni diri sendiri setelah mengamalkan supplemen SHAKLEE

setelah 2 bulan mengamalkan SHAKLEE secara konsisten saya dapat rasakan banyak perubahan.

paling best sakit lutut hilang dan saya makin aktif gardening.. hari ni dah transplant pokok kailan. bunga matahari,sawi, bean pelbagai jenis, karot, tomato,bayam, rainbow chard dan beberapa jenis lagi mula tumbuh subur..

selain tu saya rasa badan lebih "ringan" dan bertenaga.

ramai kawan-kawan yang heran macamana saya ada banyak masa update blog, FB, bisness, gardening lagi.. sebenarnya bila badan dah ringan ni buat kerja jadi laju. tak penat dan tak lenguh2.

tapi bukanlah nak kata sebab produk SHAKLEE semata. Semestinya makanan pun kontrol. Tapi makan tetap makan kalau tak, nak ke mana sayur-sayur yang saya tanam tu..nasi makan juga. keyword makan tidak melebihi kalori yang ditetapkan. Setiap hari saya make sure kalori dalam 1500kcal aja!

selain itu amalan supplemen ni penting buat saya supaya kulit kelihatan cantik.almakumlah..suami saya lebih muda dari saya tau...

so terpulang lah kepada korang samada memerlukan supplemen atau tak..pilihan masing-masing. sendiri yang boleh rasa kelainannya..

kalau nak emel saya ye hernyyusnizar@yahoo.com.my atau sms 0164215382 atau pm FB herny yusnizar atau lawat FB page saya info supplemen untuk kesihatan dan kecantikan

bye.. lalalallala...

temu pauh

temu pauh ni saya beli rizom dari blog tanam sendiri. alhamdulillah.. gemuk pokoknya.

Tuesday, September 18, 2012

seronoknya benih terung akhirnya bercambah!

hari ni saya check benih terung yang ditutup dengan baldi hitam yess!

kali ni menjadi :)

maaf ya kelabu asap pula gambar

Monday, September 17, 2012

dream big!

salam,
harini saya rasa saya dah recharge selepas beberapa malam yang hectic..

kebelakangan ni saya dapat rasakan ada cas-cas positive baru yang menyelubungi saya..

saya rasa energetic, motivated dan excited...

kini saya rasakan memang benar ada hikmahnya atas segala kesusahan yang pernah saya hadapi dulu..

 10 tahun yang lepas saya tak nampak mana arah tuju hidup.. kemudian saya berusaha sendiri untuk pilih jalan hidup dan berdikari..

kini usia saya dah masuk 30 an. boleh dikatakan hidup saya much better than 10 years ago.

walaupun tidak sekaya dan semegah orang lain tapi saya sudah jauh selesa berbanding hidup yang kesempitan dahulu..

ya itu cerita dulu..

kini saya sudah ada semua keperluan asas, rumah, kereta, suami dan anak yang comel.. saya rasa sudah selesa!

namun masih ada kekurangan lagi... saya masih inginkan sesuatu dalam hidup saya... Sesuatu yang tak mungkin tercapai jika hanya berdiam diri.

saya masih lagi teruja dengan tugas harian - kerja, gardening dan macam2 lagi..

tapi saya rasa saya masih mampu lakukan lebih!

kini saya dah jumpa push factor saya..

saya ingin memulakan bisness...

minat saya terhadap green living, produk2 organik membuatkan saya mnceburkan diri dalam perniagaan online, produk yang saya pilih adalah SHAKLEE!

day by day saya begitu excited google, study mengenai produk ini..

semua nya saya lakukan kerana minat dan rasa ingin tahu,

dan kata2 "DO WHAT U LIKE AND MONEY WILL FOLLOW" begitu melekat dalam jiwa.

rasa  ni membuatkan saya kembali teruja!

kini saya mahu keluar dari my comfort zone dan lakukan sesuatu yang saya suka!!

saya cuma mahukan yang positive dan pedulikan segala2 yang negatif!

Sunday, September 16, 2012

ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP - Soy Protein Isolate Powder
 

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 

hubungi saya
emel: hernyyusnizar@yahoo.com.my
FB: Herny Yusnizar
sms/Whatsapp : 0164215382


KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH



Apa itu kolagen?

Kolagen merupakan tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah.

  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen
  • Kolagen melindungi organ, perut, hati,jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen
  • Kornea juga adalah kolagen
Kolagen banyak membantu kecantikan dan kesihatan. Ia dapat membantu mengekalkan awet muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan menigkatkan kesihatan badan.

 
Kesan-kesan kehilangan kolagen
 
  • Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
  • Gusi yang tidak sihat
  • Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung
  • Liang roma menjadi lebh besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
  • Kulit kehilangan keanjalan, kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
  • Kehilangan kalsium, sakit badan,sakit sendi, sakit belakang
  • Garis halus kelihatan pada leher
  • Payu dara dan punggung keleturan
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan
Kolagen daripada sisik ikan merah - sumber kolagen yang lasak
 
 
Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000 meter. Di bawah keadaan laut yang bertekanan tinggi, ia adalah sukar bagi ikan biasa untuk hidup.
 
Ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dengan bebas di dalam lautan dalam. Ia menjadikan sumber kolagen yang baik:
 
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah
Shaklee menambah & ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen iaitu:

  • Kolagen ikan
  • Ekstrak kulit kerangan laut
  • lactobacillus acidophilus
  • Ekstrak biji Camelia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Vitamin C, B2 dan B6
 
Kebaikan Kolagen Shaklee

  • Anti penuaan
  • Mengembalikan keanjalan
  • Meningkatkan pergerakan
  • Menyubur
  • Menegang payudara dan punggung
  • Melembabkan kulit
  • Mencerah, mengurangkan pigmentasi dan jeragat
Serbuk Kolagen Shaklee

  • Tiada aditif: Ramuan Serbuk Kolagen adalah 100% tulen, semulajadi, dan selamat, tiada perangsang, tiada gula, tiada pengawet dan pewarna.
  • Mudah di larutkan di dalam air
  • Rasa yang enak dan boleh di campur dengan minuman kegemaran seperti Shaklee Mealshake atau Soy Protein.
Pagi adalah waktu yang paling baik untuk penyerapan nutrisi ke dalam tubuh badan manakala waktu malam adalah masa yang terbaik untuk pebinaan semula sel. Ini merupakan waktu terbaik untuk minum kolagen Shaklee dan mendapatkan keputusan terbaik!!

Dapatkan sekarang! hubungi saya- pengedar sah Shaklee

ID 887628
emel hernyyusnizar@yahoo.com.my
hp sms/WhatsApp 0164215382

 
     
 
 

Saturday, September 15, 2012

semaian baru benih dari kebun bahagia bersama

 
 
Selepas hari raya saya mula menyemai benih-benih kembali. Kali ini saya semai benih-benih dari kebun bahagia bersama. Saya rasa sangat gembira sebab benih-benih tersebut semuanya bernas. Antaranya benih cherokee wax bean, royal burgundy bean, carot paris market, calendula, watermelon radish dan bayam merah.
 
Benih-benih carrot paris market baru mengeluarkan akar halus. nak ambil gambar pun tak nampak
 
Harap-harap tak lama lagi semaian ini akan segar dan membiak dengan subur.
 
cherokee wax bean baru nak muncul
 
 
 
 
 
 
bayam merah.. tengah-tengah tu tersesat pokok kailan pulak
 
 
calendula
 
 
watermelon radish

Friday, September 14, 2012

vitamin E sebagai anti oksida, melambatkan penuaan dan mencegah kanser

Tubuh kita memerlukan pelbagai jenis vitamin dan mineral untuk pembahagian sel, metabolisma, pertahanan tubuh badan dan kesihatan secara keseluruhannya.

Kali ni saya nak fokus kepada Vitamin E khususnya..

tau tak apa tanda- tanda kekurangan Vitamin E?

   
yang paling ketara mestila kulit kering dan kusam dan rambut gugur.


 antara simptom-simptom kekurangan vitamin E

  • anaemia
  • masalah kesuburan
  • kekurangan nafsu seks
  • bintik penuaan
  • kekurangan fungsi otot, otak dan tulang sum-sum
  • cataract

Selain tu kekurangan vitamin E secara general boleh di kesan melalui tanda-tanda seperti:


  • Rambut gugur dan kering
  • Masalah usus
  • Otot kejang
  • Luka lambat sembuh
  • Lemah Otot
Kekurangan vitamin E juga boleh menyebabkan kemandulan, pembesaran kalenjar prostate, keguguran janin dan mengurangkan peredaran darah.

Bagaimana Vitamin E boleh membantu anda?

Vitamin E membantu melambatkan proses penuaan. Selain itu ia merupakan  diuretik semulajadi supaya kulit menjadi sihat. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat yang dapat mencegah kanser, penyakit kardiovaskular, katarak dan juga mempercepatkan penyembuhan luka.

 * sumber dari newsmax.com

Kita boleh mencegah kekurangan vitamin E dengan pengambilan sumber makanan yang kaya vitamin E seperti kekacang dan bijirin, sayur-sayuran hijau, kacang soya, minyak buga matahari dan wheatgerm.


Tahukah anda?

Pengamalan diet yang  rendah lemak dan rendah kalori menyebabkan anda mungkin menghadapi kekurangan vitamin E? Ini kerana Vitamin E termasuk dalam vitamin larut lemak. Oleh itu kita tetap perlukan sedikit lemak supaya badan boleh menyerap vitamin E.

Jadi apalah guna jika tubuh badan langsing tetapi pucat, tidak bermaya dan tidak berseri kan?

Pengambilan supplemen vitamin E secara konsisten mampu membantu anda.

Kesan pengambilan suplemen vitamin E secara konsisten boleh di lihat dengan penampilan muka yang lebih berseri-seri, flawless, licin serta kulit terasa lembab dan licin.




 Tahu tak??
 
Untuk mendapatkan 400IU vitamin E adalah sama dengan 1 kg benih gandum + 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500gram badam!
 

Perbezaan Vitamin E (Shaklee Vita-E Complex) 400IU

Diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, ekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiology dan di gabung dengan 8 jenis vitamin E merupakan Vitamin E paling lengkap di pasaran.

Ia juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E secara semulajadi, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga penyahtoksik logam berat seperti raksa, kadmium serta mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.

Manfaat utama:

  • Melindungi jantung- Pengambilan harian 800IU vitamin e untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik), mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet melekat ke dinding artery, menghalang haemolitik anaemia, penyakit jantung dan lain lain lagi.
  • Mempertingkatkan kemampuan reproduktif - kajian pada tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600-800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
  • Anti Penuaan - 1 capsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus,parut, akne dan buntik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit, dan ton muka, dada dan otot peha.
  • Memperbaiki parut, bengkak dan ulser. Boleh di kenakan terus pada luka untuk menghilangkan parut

Vita-E Complex®

Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E.

Setiap kapsul gel lembut memberikan:
• 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium.
• Membantu dalam memelihara kesihatan baik.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

So jika anda berminat untuk dapatkan produk ini serta produk Shaklee yang lain boleh menghubungi saya ye,
ID 887628

emel:hernyyusnizar@yahoo.com.my
FB: Herny Yusnizar
sms/WhatsApp: 0135825382

pucuk labu dan pucuk manis

pucuk labu dan pucuk manis
Semalam saya dah cuba beberapa pucuk labu manis di campur dengan sayur bayam. Sedaappp..

Anak pun suka..

Kali terakhir makan pucuk labu semasa tinggal dengan arwah nenek di kampung dulu lebih kurang 15 tahun lepas.

Kemudian saya teringin nak merasa semula terutama bila tengok entry di blog tanam sendiri.

Lantas saya pun pesan benih labu manis. Kini pokoknya telah merimbun tapi buah takde yang lekat pun.. Pernah 2,3 kali buat manual. Tapi belum ada rezeki. Takpela.. niat saya nak makan pucuknya aja masa tanam dulu tu.

Pagi ni petik lagi pucuk labu manis dan pucuk manis.. Cadangnya nak buat sayur tumis aja letak ikan bilis. Kemudian ikan goreng. Mesti puteri suka.

Yang penting ianya organik dan bebas racun serangga!

Thursday, September 13, 2012

hadiah buat seorang kawan

daun bawang merupakan tanaman yang banyak digunakan dalam
masakan..

walaupun pakai sedikit tapi cukup untuk membangkitkan selera.

bagi yang tak pernah bertanam sendiri bawang merupakan tanaman yang sungguh mudah..

hari ni saya hadiahkan sepasu kecil bawang kepada kawan yang banyak membantu saya.

walaupun mudah dan murah, saya rasa ia adalah hadiah yang special!

set untuk ibu menyusu

saya banyak membaca mengenai keberkesanan set menyusu shaklee dalam meningkatkan hasil susu. Kawan-kawan saya yang menggunakan set ini juga memberi feedback yang positif. Tubuh menjadi bertenaga dan tidak mudah letih.

baru-baru ini saya turut memberikan set ini kepada kakak saya. kakak saya ni memang bersemangat menyusu bayi nya. anak sebelum ni pun sampai 2 tahun setengah disusukan. kali ini azam dia nak menyusukan secara eksklusif baby alisya selama 6 bulan. saya doakan kakak tersayang saya tu berjaya!!

saya rekemen supplemen ni sebab kawan saya bagitau supplemen shaklee ni membuatkan ibu yang menyusu ni tak berasa letih..

supplemen untuk breastfeeding basic ni terdiri dari vitamin C, vitamin B complex, multivitamin dan alfalfa.

selain tu ostematrix dan Energizing Soy Protein juga boleh di tambah supaya dapat boost penghasilan susu..

harus di ingatkan bahawa pengambilan vitamin saja bukanlah satu-satunya yang menentukan kejayaan breastfeeding.. yang penting azam, emosi dan doa... dan teknik yang betul!! sesungguhnya rezeki tu datangnya dari Allah swt.

di sini saya share sedikit info dan amalan yang perlu supaya dapat memeriahkan susu..

******************************************************
~credit from master cery~

>untuk memeriahkan penghasilan susu, power pumping mestilah di amalkan iaitu pam dengan kerap setiap 2 jam.
> minum air sekurang-kurangnya 2liter sehari serta banyakkan berdoa.


antara doa yang mustajab ialah..

" ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susu untuk bayiku, permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar dapat ku menuruti segala yang Engkau syariatkan"

selain tu surah al Kautsar juga baik di amalkan sejak mengandung lagi.

satu lagi surah al-Baqarah ayat 60 sambil letakkan tangan pada breast dan doa dalam hati supaya Allah murahkan rezeki anak kita dan kita mampu memberikan susu yng cukup sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun..
******************************************************

sesungguhnya salah satu sebab entry ini saya lakukan sebagai rujukan saya pada masa akan datang supaya dapat menyusukan anak dengan sepenuhnya insyaAllah jika ada rezeki...

p/s: saya juga mengedarkan produk shaklee secara sah. ID 887628. jika anda berminat dan mahu info boleh emel saya di

hernyyusnizar@yahoo.com.my atau sms/whatsApp 0164215382.

InsyaAllah saya akan
membantu anda!

Wednesday, September 12, 2012

harvest for today - peria katak

peria katak ni sungguh subur lepas tabur sedikit baja. saya cuma tanam 5 pokok dalam bekas styrofoam yang di potong 2 dan hasilnya sangat puas hati.

benih ni saya dapati dari blog tanam sendiri.

peria katak ni banyak khasiatnya. antara yang saya tahu boleh mengawal paras gula.

yang terbaik mestilah peria organik yang di tanam sendiri :)

~happy gardening~

semaian hari ini - carrot paris market

semangat betul hari ni. last batch karot hanya 3 pokok saja tumbuh.

takpe try n error.

hari ni saya semai lagi di laman depan rumah.

benih carrot ni saya perolehi dari diana di kebunbahagiabersama atau lagi satu blognya kebun malay-kadazan girl yang tinggal di adelaide, australia.

hmmm... saya update menggunakan handphone saja kebelakangan ni. tak sabar menunggu laptop saya berfungsi supaya dapat upload lebih banyak gambar dan posting lebih sempurna.

~ happy gardening~

Tuesday, September 11, 2012

multivitamin

selamat pagi!
apa khabar semua?

sharing for today :)

bila kita semakin berusia penghasilan hormon semakin kurang. selain tu cara hidup yang kurang aktif,faktor pemakanan, tekanan hidup samada di rumah atau di tempat kerja memburukkan lagi keadaan.

pengambilan vitamin-vitamin penting dari mana-mana sumber amat perlu supaya tubuh kita menerima nutrien yang cukup dan dapat mengimbangi masalah-masalah yang kita hadapi.

sumber utama vitamin-vitamin penting adalah dari buah-buahan dan sayur-sayuran namun kita perlu mengambil buah-buahan dalam kuantiti yang banyak untuk mendapat sumber vitamin ini.

namun begitu pertanian moden telah mengakibatkan buah-buahan yang ada dipasaran telah tercemar dan bertoksik melainkan bertanam sendiri atau membeli buah atau sayur organik yang harganya lebih mahal.

cara yang mudah, selamat dan berkesan adalah dengan mengambil supplemen yang bersesuaian dengan anda.
------------------------------------
shaklee yang telah beroperasi lebih 50 tahun menyediakan pelbagai supplemen yang natural sesuai dengan anda.

vitamin asas:

VITA-LEA IRON FORMULA
•multivitamin yg pertama di cipta pada 1915 dan kini diperkaya dengan iron.
•mengandungi 30nutrisi harian lengkap yg diekstrak dari sayuran dan buah serta 7mineral penting
• di salut dengan serbuk spirulina yang merupakan tablet multivitamin paling pantas terlarut dalam air dan tubuh manusia.
•di anugerahkan ' the best multivitamin' oleh center of science US di dalam
public interest tahun 2000.

manfaat utama:
• memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu memori dan fokus.
• melengkapkan nutrisi akibat diet yang tak seimbang.
• membantu stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
• elemen penting utk pertumbuhan sel, rambut, otot, kuku dan hormon.
•melindungi organ- fungsi buah pinggang, hati dan jantung

~ sumber: panduan nutrisi shaklee


> terdapat pelbagai produk supplemen, skincare dan home care yang mesra dari shaklee. hubungi saya untuk info lanjut<

pm or sms at0135825382

Sunday, September 9, 2012

protein diet - pro n con

kawan2 diet / ambil supplemen ada buat research kat internet atau main ikut2 ja?

saya nak share sesuatu di sini:

tidak di nafikan high protein dan low carbohidrat/no carbohidrat sangat berkesan untuk turunkan berat.

bagaimana diet ini bertindak?
• dengan mengelakkan carbohidrat- badan akan memasuki peringkat metabolisma yang di panggil ketosis.
• secara normal tenaga di jana dari carb iaitu punca tenaga utama untuk otak, jantung dan organ lain.
• jika punca tenaga bertukar kepada protein dan lemak, carbon juga terhasil.

apa yang berlaku semasa ketosis?
• semasa tiada carb di ambil badan mengeluarkan isyarat kita dalam
kebuluran dan otak mengeluarkan rangsangan supaya kita tidak merasa lapar. oleh itu badan mula membakar protein dan lemak yang ada. hasilnya kurus!!

walau pun begitu, ketosis mengundang banyak masalah kesihatan:
contoh:
• kegagalan buah pinggang kerana bebanan berlebihan.
• high kolesterol - sumber makanan protein terutana daging juga kaya dengan kolesterol yang mengundang masalah jantung dan stroke.
• cancer - mengelakkan sumber carbohidrat dari buah, sayur,bijirin juga mengurangkan pengambilan vitamin dan antioksida
• status metabolisma yang tidak sihat- ketosis boleh mengakibatkan kegagalan organ dan kematian!
> ketosis boleh di elakkan dengan mengambil sekurang2nya 100gm karbohidrat sehari.

ideal diet ialah:
• protein, carb dan lemak baik yang seimbang
• tukar gaya hidup dan bersenam!

~ sumber: WebMD Referrence


• ada yang berpendapat fasa protein diet ini tak bahaya kerana bersifat sementara sahaja..

ok.... tapi bila sampai target kurus apa yang perlu di lakukan..

> teruskan dengan protein diet?
---- seumur hidupkah? nanti banyak masalah kesihatan timbul..

> mula mengambil carb?
---- jika mula mengambil carb semula badan akan mengambik masa yang panjang kerana metabolisma badan sukar untuk
breakdown glukos. bdan mula menyimpan lemak semula sebagai stanby jika berlaku kebuluran lagi! hasilnya Yo-Yo!

risiko gemuk semakin berganda.

jadi berpada2 lah dalam berdiet.

yang penting adalah pengawalan jumlah kalori dan ubah gaya hidup!


Saturday, September 8, 2012

semaian baru-main campak2 aja!

semangat nak bercucuk tanam tu ada tapi masa tu tak berapa nak cukup hihihi


beberapa hari lepas saya cuba semai benih yang ada dalam simpanan takut tak bernas.

hari ni nampaknya dah tumbuh.

ada sesetengah yang dah besar.

saya upload melalui hp so tak tau nak letak caption. so layan je la pics ya!

~happy gardening~

Friday, September 7, 2012

benih percuma - disclaimer

salam, pada satu ketika saya telah posting mengenai benih percuma.

namun beberapa orang yang telah emel pada saya mungkin tak mendapat benih tersebut.

saya masih baru dalam mengumpul benih. saya dapati benih2 yang saya kumpul telah dijangkitikulat. mungkin cara penyimpanan tak betul.

di sini saya memohon maaf kepada kawan2 yang tidak dapat menerima benih2 tersebut.

ada sesetengah yang dah terima pun mungkin benih sudah tidak bernas :(


Tuesday, September 4, 2012

tuaian untuk makan malam

saya tak sangka peria yang ditanam di dalam container pun boleh subur macam ni.

kali ni dapat harvest 5 biji peria katak.

boleh buat goreng dengan telur malam ni!

vivix - penemuan revolusionari dalam antipenuaan

VIVIX - semulajadi dan eksklusif dari Shaklee

Vivix merupakan supplemen anti penuaan yang terbaik dan di bangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee -Syarikat supplemen no 1 di Amerika.

Di dalam kajian makmal, Vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisma penting.

1. kerosakan DNA
• setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang akan mengganggu fungsi sel.

ramuan Vivix
memperbaiki dan melindungi cellular DNA.

2.pengawalan genetik
• ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik yang menolong melambatkan penuaan.

3. pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel:
• mitocondria (penjana tenaga) di daam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan.
Apabila kecekapan mitochondria menurun fungsi sel turut menurun.

Vivix menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

4. penimbunan berlebihan protein AGE

• penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan sel, yang menggangu kerosakan sel.

Ramuan Vivix membantu melambatkan pembentukan protein AGE.

Vivix- membantu memelihara:

kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan anti oksida, peningkatan tenaga tahap cellular, kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.

Vivix sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah diabetes, arthritis (sakit sendi), gout dan pelbagai masalah akibat penuaan.

Sesuai sebagai hadiah kepada ibu bapa kita supaya lebih sihat dan meningkatkan kualiti hidup!

Walau bagaimana pun pengambilan Vivix tidak dibenarkan untuk kanak2, wanita hamil dan sedang menyusukan kerana ia bertindak ke atas DNA.

hubungi saya:

shaklee independant distributor:
ID 887628
emel : hernyyusnizar@yahoo.com.my
sms/whatsapp: 0164215382

Saturday, September 1, 2012

bunga kunyit

kali terakhir dulu saya pernah nampak bunga kunyit semasa di kampung.

Kalini pokok kunyit saya pula berbunga. ermm mungkin nak buat nasi ulam dengan ikan masin ni. letak cekur sikit. So harini pantang nasi kantoi!! ye lah bukan senang nak rasa bunga nasi ulam bunga kunyit kan?? tanam sendiri pulak tu!!

kailan

kailan ni segar dan gemuk. sayang pulak nak harvest lagipun saya tak jaga sangat. Tempat ni kucing suka main2 .. so tinggalkan buat hiasan ja :)





nak dapat kulit cantik tak?

bila dah menginjak penghujung umur 20 an dan masuk ke era 30 an perasan tak kita rasa tak se cergas dulu. apatah lagi jika dah beranak pinak ni.

walau sibuk dengan urusan kerja dan tugas sebagai isteri dan ibu diri sendiri kena jaga juga.

alhamdulillah sejak ambil supplement shaklee ni saya rasa perubahan - rasa lebih bertenaga, sakit2 sendi berkurangan, kulit semakin licin dan jika demam cepat sembuh.
kulit pun terasa lebih lembab , bahagian siku tak terasa kering seperti sebelum ni..

sekurangnya2 kita perlu mengambil vitamin C dan Vitamin E sebab kedua2 nya asas untuk mendapatkan kulit yang cantik.

• vitamin C - membentuk kolagen, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pigmentasi dan jeragat.

• vitamin E -mengurangkn kedut dan garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. melindungi retina. memulihkan tekstur kulit, ton muka, dada dan peha. meningkatkan tenaga sexual. menghalang keguguran janin. meredakan PMS.

• GLA - memperbaiki tekstur rambut dan kulit melambatkan menopouse, anti oksidan, membaiki ton otot untuk bentuk badan yang cantik, meringankan sakit2 sendi.

vitamin2 shaklee dihasilkan dari bahan2 organik yg bermutu dijamin halal dan selamat dan mampu dimiliki.

anda boleh mendapatkan di brand Shaklee menggunakan ID saya : 887628 dan maklumkan kepada saya untuk consultation

atau

COD area gelugor, penang dan kawasan berhampiran.

atau secara online: pm atau sms/WhatsApp: 0164215382

bangunan mesra alam

salam..

pertama kali saya baca mengenai struktur dan reka bentuk bangunan ini saya rasa sangat2 kagum dan teruja dengan teknologi yang mesra alam ni..

Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang di dokong oleh Shaklee.

Ia direka bentuk oleh arkitek terbilang, Gensler menjadikan bangunan ini mesra alam dan mesra pengguna sebagai komitmen shaklee terhadap" kehidupan yang harmoni bersama alam semulajadi".

Di sini anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh- tumbuhan, bukit bukau dan kehijauan tanah lapang tidak kira di posisi mana anda berada di bangunan ini.

Reka bentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar dan pembinaannya dari bahan dan warna secara semula jadi.

Antara keunikannya seperti:

bahan-bahan untuk kayu dan pintu di ambil dari hutan mampan

pembuatan permaidani dan kerusi dari bahan di kitar semula

tanaman landskap yang di jaga rapi terdiri dari sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat dalam produk-produk shaklee.

penggunaan sensor pergerakan bagu mengawal suis lampu bagi tujuan menjimatkan tenaga

penghadang tingkap yang di kawal oleh sensor elektrik bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan masa yang sama menapis kepanasan.

penggunaan "low e glass " di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang effisien.

peredaran udara melalui bawah lantau untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualuti udara.

ruang dalaman yang luas untuk suasana kerja yang harmoni dan peredaran udara segar

orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukan yang berhampiran dengan pengangkutan awam.