Friday, August 31, 2012

kepentingan vitamin C

salam sayang

hari ni saya nak berkongsi mengenai kepentingan vitamin C . Vitamin C boleh di perolehi dari makanan dan sayur segar. Tetapi kebanyakan vitamin hilang semasa proses memotong, mencuci dan memasak buah- buahan dan sayur-sayuran.

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 46-60mg vitamin C. Buah- buahan akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Kandungan vitamin C berkurang separuh apabila buah itu di petik dan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Vitamin C pada buah paling tinggi konsentrasi di bahagian kulit. namun tahukah anda perladangan komersial meninggalkan sisa racun paling tinggi juga pada bahagian kulit.

hmmm nak makan buah pun dilema kan melainkan makan buah yang ditanam sendiri secara organik. Petik dan terus makan. Kalau makan buah yang di beli silap haribulan bukan dapat vitamin tapi racun serangga ..


vitamin c sangat perlu untuk kita untuk kecantikan dan kesihatan tubuh.

antara manfaatnya:
• meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah, membantu sel darah putih menentang jangkitan kuman dan alergy
• membentuk kolagen - bagi melambatkan proses penuaan dan kedutan
• mendapatkan kulit yang cerah dan menyekat pigmentasi (jeragat)
• memerangi kanser kerana ia merupakan anti oksidan yang merangsang sel2 anti kanser
• memperbaiki insomnia, stress dan keresahan

Perbezaan Vitamin C dari Shaklee

Sustained Release Vita C 500 mg berbeza dengan vitamin C lain yang berada di pasaran kerana ia direka berdasarkan sains pembebasan berterusan secara semula jadi.

setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya, dan pembebasannya 1.5 vitamin C buah tersebut setiap jam.

Perhatian !!!

•1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin C
• keresahan menyebabkan penyusutan vitamin C yang banyak
•contraseptif dan pil penahan sakit akan menyusutkan vitamin C
• Terlebih dose vitamin C akan menyebabkan sedikit cirit birit.

jika berminat boleh dapatkan di branch shaklee berhampiran menggunakan ID 887628 untuk mendapatkan member price
atau secara COD di sekitar Gelugor atau secara pos ke alamat anda.

hubungi saya:
herny yusnizar bt ridzwan
emel: hernyyusnizar@yahoo.com.my
FB: Herny Yusnizar
sms/WhatsApps: 0164215382

~ thanx for visiting my blog~ support organic product~go green creates healthy living~

Thursday, August 30, 2012

program diet saya!!

salam...
hari ni walaupun ramai yang post entry wordless wednesday tapi saya nak cerita pulak sebelum menjenguk tanaman saya tu.

berat saya semasa akhir mengandung 4 tahun lepas adalah 74kg. masa tu saya rasa ' how come i can be so big'

semasa kenal dengan husband saya dulu saya slim saja berat 48-50kg sahaja.

kemudian hampir2 majlis kahwin saya rasa bertambah tembam berat masa tu naik sehingga 62-64kg. Masa tu saya risau sebab nak kahwin kan. Saya pun ikut program diet London Weight Management. Beribu2 jugak habis. Berat turun balik.

Walau apa pun program weight management memang mereka sarankan kawal kalori intake.

Kemudian saya pun kahwin dan mengandung. Semasa trimester pertama saya mengalami alahan yang teruk. Memang tak lalu makan dan minum masa tu pulak bulan puasa. Berat ketika awal mengandung hanya 55 sahaja. Kawan2 yang tak tau saya mengandung pun hairan.

Kemudian habis fasa morning sickness, mula lah selera makan bertambah. Takpe nanti pantang boleh makan jamu dan diet balik. Siap beli set jamu.

Kemudian saya melahirkan anak dan puteri didiagnose G6PD Deficiency. So saya tak boleh mengambil
sebarang jamu ketika breastfeeding sebab boleh mengakibatkan komplikasi kepada anak.

Sejak melahirkan anak badan saya memang naik macam di pam pam. Pada mulanya ok lagi tapi mula naik mendadak. setiap tahun mesti kena tukar saiz uniform T T

Saya tak suka timbang berat sebab stress! Saya cuba berdiet tapi badan rasa lemah dah lutut pun menggigil kalau tak jumpa nasi.Tak tahan bukan seperti masa sebelum
kahwin dulu. Nak kata selera makan tinggi tak juga. Saya tidak la makan nasi 3 kali sehari pun. kalau order nasi pun separuh aja. malam memang jarang makan. Tapi perubahan hormon menyebabkan badan pun jadi hay wire huhuhu...

Disebabkan kerja saya sebagai nurse, cara kerja saya yang jalan- berdiri-angkat pesakit. Lama2 lutut pun sakit.

saya tanya pendapat kawan saya yang berkerja sebagai physiotherapist- nasihat utama - kurangkan berat badan dan bersenam. Kemudian saya mula meningkatkan aktiviti iaitu memulakan cucuk tanam. Lagilah sakit lutut ni sebab sebab selalu mencangkung!

Kemudian satu hari saya berani kan diri untuk timbang berat.. terkejutnya saya berat naik 76kg!!!!takutnya.... melampau lebih dari masa last mengandung!!!!

baru la terbuka hati nak kurus jugak jugak !! saya mengambil produk soya ( jenama xx beberapa tin) bersama vitamin shaklee kemudian apabila habis stok soya xx saya bertukar kepada product shaklee sepenuhnya!

Alhamdulillah sejak 2 bulan lebih berdiet dan mengambil meal replacement dan vitamin2 berat saya dah turun. Harini saya berat saya 68 kg. Seronok betul dapat hilangkan angka 7!!

Di sini saya nak kongsi diet plan saya setakat ini bersama produk shaklee.

SARAPAN PAGI
shaklee cinch
vitamin C
omega guard- untuk kurangkan rangsangan terhadap selera makan

kemudian buat kerja rumah/gardening

MINUM PAGI
Energizing soy protein+1 sudu teh apple cider vinegar+1sudu flaxseeds
GLA
B complex

then masak2 kemas rumah

LUNCH
500 ml air + madu + psyllium husk untuk carbohidrat
then makan ikan/ayam yang dimasak
secara panggang atau stim - gunakan olive oil. tak guna mentega atau minyak masak.
lecithin 3 biji untuk larutkan lemak.
kalau tak kenyang saya minum ESP

DINNER
psyllium husk + madu
lecithin
vitamin E - untuk penjagaan kulit

sebelum tidur
herblax atau alfalfa untuk detox dan membuang pada esok pagi.

Waktu gap tu saya minum ~3L sehari dan snek2 yang berkhasiat, rendah lemak.


(pstt: itu secara ringkasnya lah! kadang2 kantoi juga terutama jika husband ajak makan luar tu "rasa" juga serba sikit)

Doakan saya kurus macam dulu ya!

Kalau kawan berminat boleh hubungi saya sms/WhatsApp 0135825382
emel: hernyyusnizar88@gmail.com
fb https://www.facebook.com/hernyyusnizar






Wednesday, August 29, 2012

seribu kegunaan Basic H

tahu tak bahawa Basic H merupakan pencuci biodegradable dan tak bertoksik yang pertama di keluarkan Shaklee pada 1960. ( lama tu)

nak cerita sikit pasal Basic H ni..

saya mula menggunakan Basic H kira2 2 tahun lepas ketika saya tercari2 pencuci organik untuk mencuci cloth diapers yang digunakan oleh puteri.

selepas tu baru la saya explore pelbagai kegunaan lain antaranya:
- merawat masalah eczema anak saya yang alah pada sabun. saya mandikan dia di dalan besen bersama 2,3 titik basic H.
-selain tu bila anak demam saya titiskan setitik dua dalam air jelum dia untuk turunkan suhu.
- saya titiskan setitik dua dalam
air untuk membasuh sayur, ikan, daging, ayam untuk membuang acub dan bau hanyir. kemudian basuhan itu saya buat siram pada tanah sebagai baja organik.
- saya campurkan 5,6 titis di dalam botol 500 ml dan sembur pada tanam saya sebagai organik pesticides untuk kawalan aphids dan perosak tanaman.
-sebagai ubat kumur ketika sakit tekak, batuk, atau terkena tonsilitis.
-mencuci lantai.
-cucu luka atau kulit yang gatal- gatal.
-untuk kakak yang baru melahirkan baby sebagai campuran dalam mandian untuk melegakan nappy, heat rash.

selain tu ada 1001 lagi kegunaan dia.

saya sangat suka pada benda2 organik. Jadi produk Shaklee amat sesuai dengan saya.

harganya pun sangat berbaloi sebab ianya pekat kebanyakan keguanaannya hanya beberapa titik saja.

( untuk mencuci cloth diaper saya letakkan satu sudu besar untuk ~3.5 kg)

berminat tak untuk dapatkannya?

hubungi saya:
emel: hernyyusnizar@yahoo.com.my
FB: Herny Yusnizar
sms/WhatsApp: 0164215382
Shaklee ID:887628

~ support green living~


tuaian kecil untuk 2 beranak

tuaian hari ni cukup la untuk kami 2 beranak. Ada sedikit bayam, bendi muda, daun sup, daun bawang dan daun bayam malabar.

Sekarang agak kekurangan stok sayur organik. Hari ni saya semai kacang panjang galaxy dan kacang buncis. Kacang buncis ni agak mudah hidup dan cepat mendatangkan hasil.

Kangkung yang kurus saya siram air banyak2 dan tabur baja sikit.

Stok kecemasan yang sentiasa ada mesti lah daun bawang.

Pagi ni gardening amat merimaskan sebab ada anak kucing terbiar yang asyik menyendeng-nyendeng. Rimas betul.

huh! siap la petang nanti nak tangkap buang kat pasar!!

~ happy gardening~

INFO SIHAT

Pernah tak rasa nak turunkan berat tapi tak mampu kalau
tak makan nasi. tak jumpa nasi jadi letih dan menggigil lutut :)

Walau apa pun diet plan anda, hadkan kalori dan pembakaran kalori yang paling penting. Kalau setiap hari wajib pekena nasi 2 pinggan macamana nak kurangkan kalori kan?

cara terbaik untuk hadkan kalori kurangkan karbohidrat dan jangan ambil minuman manis.

tapi untuk kekal bertenaga kita perlu ganti 'nasi'.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN:
• meal replacement
• memberi tenaga
• memberi rasa kenyang
• awet muda

kalori per serving: 105kcal
keperluan: 2-3 hidangan sehari

Kepentingan protein:
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu. Kekurangan protein akan mengundang kepada pelbagai masalah antaranya:
• sistem imun menjadi lemah
• masalah lebihan air dalam tubuh
• hilang kepejalan otot
• masalah penghadaman

ENERGIZING SOY PROTEIN
Produk dari SHAKLEE ini mempunyai jaminan penyediaan 9 acid amino penting yang tak dihasilkan tubuh.
Ia turut diperkaya dengan sumber vitamin dan mineral.

Hidangan shaklee ini adalah rendah lemak,tiada kolesterol, tiada acid uric, dan mudah diserap tubuh.

untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee boleh hubungi saya:
Shaklee Independant Distributor
ID 887628

emel:hernyyusnizar@yahoo.com.my
call/sms/WhatsApps: 0164215382


Monday, August 27, 2012

peria katak

lama betul saya tak update blog. Sepanjang ramadhan aktiviti bertanam agak terhad sebab cuaca panas terik dan jugak sibuk menguruskan hal2 rumah.

Hari raya Aidilfitri lalu saya pulang ke kampung hampir seminggu. Sekembalinya dari kampung intai2 pokok peria katak dah banyak berbunga dan ada putik2 buah. Buah sulung pun sudah dapat dituai. Walaupun kecil cukupla untuk rasa. Peria katak dijadikan hidangan makan malam tumis bersama telur :)

Friday, August 10, 2012

blood test

sebelum ni saya ada berkongsi mengenai psyllium husk. Selain daripada psylium husk saya juga ada mengambil bijirin flaxseed.

Semalam saya ambil blood test. Blood result saya bagus di mana paras kolesterol baik tinggi dan kolesterol jahat rendah.

Bacaan creatinin yang menunjukkan paras toxin juga bagus.

p/s: jangan ingat kalau kurus itu sihat sebab paras kolesterol orang kurus pun kadang2 tinggi. Walau pun saya overweight tapi paras kolesterol saya bagus :)

psyllium husk

Salam. Sejak menjak ada seru nak menurunkan berat badan ni... saya google terjumpa la benda ni... psyllium husk. Untuk maklumat lengkap boleh la google sendiri ya.

Saya cuma nak kongsi sebagai consumer saja. Cereal ni sangat best sebab memberikan rasa full sehingga tak boleh nak sumbat apa2 dah masuk perut. So memang nak makan nasi pun tak lalu.


Antara kebaikannya ialah membersihkan usus dan detox.

Rasanya pulak macam air laicikang tawar. Nak manis boleh letak madu. Cara pengambilan terpulang la. Bagi saya yang terbaik sebelum tidur supaya dapat membuang dengan nyaman esok pagi. Tapi kalau memang tak mau sentuh nasi boleh la ambil sebelum waktu makan sebabnya kalau dah telan benda ni walaupun tengok makanan yang sedap- sedap memang tak mampu nak sumbat dah. Kalau paksa juga mesti rasa nak temuntah.

Untuk saya 1 sudu teh di campur dengan 400 air sejuk dah cukup. Kalau lebih memang tak dapat masuk dah.

Bila masa membuang pulak kalau perhatikan hasil lombong kita tu macam jelly sikit :)

Yang penting untuk saya tak
menyebabkan direa. Macam biasa cuma lebih 'smooth'..

Kalau nak cari benda ni boleh di dapati di hypermarket di bahagian cereal..

ok. selamat mencuba :)

Sunday, August 5, 2012