Monday, July 30, 2012

senduduk putih dan khasiatnya

Orang kata senduduk putih ni amat susah di temui apatah lagi jika berniat jahat. Jika ditemui segeralah mengambilnya. Tapi senduduk putih ni saya temui di pesta floral pulau pinang tempoh hari. Antara kelebihan senduduk putih di katakan menjauhi sihir. Apapun hanya Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya. Tujuan saya tanam pokok ni pula sebenarnya sebab ianya unik dan sukar di temui. Antara khasiat lain pulak ambil 2,3 helai dan dimasukkan bersama pucuk betik untuk menghilangkan rasa pahit. Bila google rupanya banyak kepercayaan mistik yang di kaitkan dengan senduduk putih ni.Walau macamana pun jangan lah terlalu mmpercayai sehingga memesongkan akidah. 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, July 28, 2012

tomato

sebenarnya saya agak fed up fengan tomato. Kebelakangan ni saya langsung tak peduli. Cuma siram sekali sekala. Hari ni perasan ada 3 buah muncul. Tapi kehadiran bugs pun banyak. Harap-harap menjadi la.

orkid

orkid merupakan tanaman hiasan yang paling saya suka tapi ilmu saya mengenai orkid sangat la sikit. Orkid yang saya kenal seperti cattleya, vanda dan mokara. Yang paling saya minat ialah dari jenis cattleya sebab pokoknya kecik dan bunganya wangi. Harganya juga mahal. Tapi saya punya cattleya tak pernah berbunga pun.huhuhuhu. Baru- baru ni ada beli baja orkid. Pokok yang dah 3 tahub pun mula berbunga. :)

Thursday, July 26, 2012

menu sahur dan berbuka untuk orang berdiet nak kurus

tengok tajuk macam gempak je..hihi.. nak upload makanan2 saya sepanjang minggu pertama ramadan ni. tak sentuh nasi you! tapi esok taktau la nak buffet.. oh..

update kebun ku

ada beberapa pokok yang terus hidup walaupun di abaikan. Di antaranya cekur dan temu pauh. Bekas foam yang mengandungi daun bawang, parsley, ketumbar dan kobis cina memang tak menghampakan. Boleh di petik untuk buat telur dadar waktu bersahur :)



mendebunga secara manual labu manis

pagi ni saya tinjau bunga pertama hari tu dah gugur. hari ni pulak nampak 3 bunga 2 betina 1 jantan. Merujuk kepada tutorial dari tuan Iskandar di blog tanam sendiri, saya cuba membuat pendebungaan manual.Malangnya anther ada ulat sekor disebabkan itu je jantan yang ada daku kawinkan juga. sian.. tak kawen nanti mati pulak.

Sunday, July 22, 2012

putik buah

saya belek belek pokok tetiba nampak.... surprise!!!!

yay! markisa telah berbuah.. belek-belek wah labu pun dah berputik...

malangnya buah markisa pertamaku telah di rembat puteri.

musnahkan pisang

salam ramadhan buat semua.
hari ni hari kedua puasa.

Beberapa minggu lalu saya sudah potong pokok2 pisang di belakang rumah. Tapi sekarang makin merimbun. Pisang ni sangat invasive. Kadang-kadang boleh nampak akarnya masuk ke dalam pasu dan container menyerap baja yang di tabur. Pokok pisang ini saya telah tanam lebih kurang 4 tahun Setakat ni hasil memang tak putus- putus. Tapi pisang ni menggunakan ruang yang besar. Oleh itu saya ambil keputusan untuk bersihkan saja san bercadang untuk buat raised bed menggunakan bata untuk tanam sayur-sayuran pulak.


Malangnya selepas melecet tangan saya menebang pisang ni, kini mereka subur kembali. Rupanya pisang ni kena musnahkan sekali umbisinya. Kalini saya upah bangla untuk kerjakan pokok2 pisang ni.

Sunday, July 15, 2012

sup sayur

sejak kebelakangan ni takde semaian baru. Pokok pokok pun terbiar je tapi yang seronoknya hasil tetap ada walau pun sedikit.

Saya pun tengah berazam nak berdiet. Dah beberapa hari tak makan nasi. Pasar pun tak pergi. Lapar, kutip pucuk2, rebus buat sup.

:)

Saturday, July 14, 2012

"greenhouse"

mode: berangan :)

saya teringin nak ada greenhouse macam ni.. sebab saya sangat stress dengan kehadiran kucing2 yang menjadi sebahagian perosak pada tanaman. Dapat separuh mcm ni pun ok dah... :)

bayam tumbuh balik

bayam ni saya dah harverst beberapa minggu lepas nampaknya tumbuh lebih subur dari sebelum ini. Sekarang saya malas sikit nak siram pokok tapi herannya makin happy pulak pokok2 ni ya.

Friday, July 13, 2012

benih percuma

Salam. Agak lama juga saya tak update blog ni. Lepas ni saya akan selalu buat entry semula. Bukan apa, saya punya quota internet dah limit so lembab. Selepas ni kena guna dengan lebih berhemah. Di sini saya ingin beritahu kepada kawan2 yang berminat, saya ingin kongsikan beberapa benih yang di kutip di kebun kecil saya secara percuma. Di antaranya ulam raja, bendi, kacang buncis, selasih, kacang panjang. Jika berminat bolehlah emel saya di hernyyusnizar@yahoo.com.my Kebun kecil di hadapan rumah saya ni akan dimusnahkan tidak lama lagi untuk renovation. Saya bercadang untuk membina greenhouse yang lebih terancang. Nampaknya mungkin lambat lagi nak bercucuk tanam.

Saturday, July 7, 2012

roselle

Roselle adalah pokok yang mudah di tanam. Sepokok tanam pun dah cukup untuk buat sirap hari-hari. Roselle ni berbuah lebat, kalau tak di sokng memng rebah ke bumi. Saya sokong menggunakan penyidai pakaian bayi yang sudah karat... Pokok ni tumbuh terlalu rendang jadi saya telah pangkas. Nampaknya dia happy dan terus berbuah lebat

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 6, 2012

tanaman dalam bekas

Sekarang dah tiba musim hujan. Syukur sebab tak perlu siram tanaman lagi. Kebelakangan ni saya rasa sangat down sampai nak tengok pokok, nak masak, nak online pun jadi malas. Ini sebab insiden yang terjadi pada saya baru- baru ini yang memberi kesan yang sangat mendalam. Cukuplah saya simpan untuk diri sendiri ja..

Selaun daripada tu hujan setiap hari sekarang ni membuatkan bukan saja pokok yang tumbuh subur...rumput rumpai pun sama naik. Hari ni saya keluar dan petik beberapa helai sayur sawi. Nampaknya subur juga walaupun terabai. Pagar yang saya hadang dengan tikar getah (sebab segan bila jiran tengok saya bertanam) pun saya dah buang untuk memberi ruang pada labu dan peria untuk memanjat. Sekarang cerah la sikit...

Masalahnya pokok pisang ni tumbuh subur pulak walaupun penat saya potong sampai luka2 tangan. Saya tengah mencari cara untuk memusnahkan pisang sebab menggunakan terlalu banyak ruang.

Tanaman dalam bekas foam pun nampaknya subur mungkin sebab saya membaja hari tu... Cuma daun basil ja dah.

Bekas pertama nampaknya pokok parsley yang saya tanam dari akar tumbuh subur bersama-sama ketumbar, daun bawang dan kobis cina.

Bekas kedua pulak adalah yang paling produktif- ada kailan,basil,cili,kobis cina di dalamnya.

Bekas ketiga tu pun kobis cina yang nampaknya subur cuma tak naik tinggi sebab saya tutup dengan jaring untuk menghalang kucing2 buat port.

Bekas ke empat tu adalah karot topweight yang ditanam bersama peria katak. Kemusykilan timbul samada nak baja atau tak? Sebab karot kan tak perlu banyak baja sebab nanti takde isi...hmmm

Bekas kelima pula adalah temu pauh dan anak2 cili kampung.

Bekas terakhir pulak adalah sawi dan salad.

Published with Blogger-droid v2.0.6