Thursday, June 28, 2012

labu manis


Labu manis ni nampaknya bila dah hidup memang mudah pulak tumbuh. Saya tak menaruh harapan yang tinggi sangat cukup la jika daapat menuai pucuk-pucuk labu aja. Pokok labu ini saya ajar supa dapat melilit pagar kat luar tu..nampaknya mendengar kata....
Published with Blogger-droid v2.0.6

sawi

Saya cuba tanam sawi di dalam pot kecil. Nampaknya tumbuh..tapi tak semuanya gemuk ada juga yang bantut.. Ini kiranya yang terbaik laho_O

Published with Blogger-droid v2.0.6

segar dan organic

Selepas hujan turun saya keluar tenok pokok2.Dapatla tuai serba sedikit untuk makan tengahari...bayam putih daun bulat, selasih dan ulam raja..ada juga sedikit daun bawang, daun sup dan  bendi tapi tak sempat ambil gambar..Maklum la tengah masak, buka tingkap teringat nak buat telur dadar terus petik basuh dan masukkan ke dalam telur.

Published with Blogger-droid v2.0.6

kobis cina ong king

Kali ini semai kobis cinanampaknya menjadi. Selepas di hujani semalam nampaknya makin segar. Ada bebarapa pot saya tanam kobis cina ong king ni. Harap2 subur macam di kebun tanam sendiri tu...

Published with Blogger-droid v2.0.6

pokok sesat- keledek

Jalan-jalan dekat garden jumpa pokok ni...aikk??? Macam keledek kan?subur pulak tu kat celah2 kotak.. Macamana sebelum ni boleh tak perasan...ni mesti kes tercampak hari tu..then tempat ni saya dah clearletak kotak foam... Suka2..bila ada pokok sesat macam ni..lebih subur dari yang di tanam....

Published with Blogger-droid v2.0.6

bulb dari kebun bahagia bersama

Rasanya sudah sebulan lebih saya semai bulb ini.. Yang paling tinggi ialah gladiolus victure borage dan gladiolus jester. Ada juga bulb ixia di situ..oh yang dalam pasu panjang tu bukan bulb ye..itu cosmos n dahlia kut :-x Harap2 dapatla tengok bunganya pada hari raya nanti....

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 22, 2012

Thursday, June 21, 2012

harvest for today

kailan, kangkung sprouts, genovese basil and spring onion. Also banana......

Tuesday, June 19, 2012

bayam

Dah tengahari...tanah yang dah di siram pukul 8 pagi tadi dah kering.. Kesian pokok.. Pagi tadi tengok bayam segar.. Tengahari ni tengok daun dah bergulung. Ntah makhluk apa pulak yang bersarang. Bayam2 ni tak kena harvest sebab ciput sangat. Tapi yang di bawah pokok roselle dan pokok ulam raja tu nampak cam sihat ja. Mungkin esok nak kena harvest la tu. Nampak tak anak2 pokok ulam raja dah tumbuh sendiri tu..?

Esok saya rasa nak buat bubur lambuk aje la... Campak je apa2 sayur yang ada ni...

Published with Blogger-droid v2.0.6

blogger

salam kawan2 blogger. saya ada sedikit kemusykilan. Ada tak di antara kawan2 yang guna samsung tablet untuk update blog? masalahnya tak boleh update melalui blogger apps for android sebab akaun blogger saya guna emel yahoo. manakala samsung ni pulak gmail. nak upload gambar sangat la lembab...
tolong...makcik tak reti :p

hasil benih kongsi-kangkung

bayam malabar untuk hiasan



ini adalah entry pertama yang saya update menggunakan samsung tablet. Masih terkial-kial lagi.

 Saya pernah melihat orang menanam bayam malabar yang di biarkan merimbun cantik. So, bayam ni saya cuba tanam dan harap- harap dapat la memanjat tiang ini. Saya suka suka dengan warna bayam ini yang sangat terang.

Sunday, June 17, 2012

tumbuhan menjalar

Sekarang ni susah sikit nak update blog sebab saya cuma pakai hp. Tak pandai lagi saya nak guna hp untuk buat entry. Saya minta maaf pada yang blogwalking dan tinggalkan jejak kat shoutbox tu tapi saya tak bw semula sebab susah nak klik situ. Saya harap next time boleh tinggalkan jejak kat
ruangan komen supaya lebih mudah saya singgah kat blog anda pulak.

Sekarang cuaca di pulau pinang sangat panas dan kering. Cuaca macam ni membuatkan saya malas sikit nak semai benih- benih sayur yang manja ni. Sesetengah pokok belum sempat petang dah layu dan ada yang daun terbakar.

Namun begitu ada jugak yang agak menggalakkan terutamanya tumbuhan yang menjalar. Di antaranya ialah petola, kacang botol, peria katak dan bunga telang, markisa, bayam malabar dan labu manis.



Tuesday, June 12, 2012

Selasih atau Thai basil

Pokok induk ni saya tanam dari sisa ulam di beli di pasar. Sekarang dah merimbun. Selalu saya tanam kan keratan batang nya setiap kali saya prune untuk di buat ulam. Senang betul tumbuh. Selain mengelakkan serangan Bena / aphid ia dapat menjadi teduhan pada pokok2 sayur.
Hari ni saya pangkas lebih sikit untuk di semai di belakang rumah.








Bunga matahari lagi

Hari ni semua baka bercampur dah mekar sepenuhnya.

Sunday, June 10, 2012

Tanaman terbaru

Balik dari kerja malam saya siram pokok2 dan alihkan sayur2 yang tumbuh dengan padat. Rasanya tak lama lagi dapatlah menuai daun sup,sawi hongkong, sawi Bunga, kailan dan kobis cina. Ada yang digantung dan ada yang disusun di atas simen.

Selain daripada itu carot heirloom dragon Dan top weight juga dah bercambah.

Benih2 bulb yang diorder dari Kebun Bahagia Bersama yang telah di semai 4 hari lepas juga tak menghampakan. Yang dah keluar pucuk adalah baboon flower dan gladiolus. Saya harap sangat bunga2 ni akan kembang semasa menyambut hari raya.


Saya update melalui mobil phone je ni jadi tak tau nak add caption for every picture. So this is update for today.