Tuesday, May 29, 2012

menunggu bunga matahari

Benih2 yang di semai 1 bulan lebih nampaknya  telah menunjukkan tanda2 nak berbunga. Hmm tak sabar rasanya tunggu mereka kembang ni... agak2 berapa lamakah lagi ya?

batch pertama saya main semai ja..tumbuh rimbun macam ni


batch kedua pula saya semai memanjang..

setiap pokok dah ada putik2 macam ni...
sekarang.. nak menyemai benih2 baru supaya dapat kembang masa raya nanti...

Monday, May 28, 2012

little harvest

Dah agak lama tak update blog. Ada bahan tapi tunggu sekejap. Harini lepas ambil puteri dari taska kutip sikit2 ada depan rrumah untuk makan malam ni..
sikit ja..cepat2 utip.cukup untuk makan malam ni.
balik nursery mesti minta nak makan
kacang buncis yang dah mati tapi meninggalkan benih untuk di tanam semula..


Wednesday, May 16, 2012

menu makan tengahari


Semalam saya ke pasar. Beli lah sedikit stok makanan. Hari ni masak2 lagi untuk makan tengahari.




Untuk puteri  ikan kerapu stim bersama halia, lemon dan bawang putih. Letak lada hitam. Kemudian campur karot dan bendi 


Ini ikan pari  bakar. Lapik dengan daun kunyit, panggang bersama daun limau purut, serai dan sambal.

Tuesday, May 15, 2012

kailan



Dalam banyak2 sayur saya rasa kailan yang paling lasak sikit. Bila dah pernah rasa kailan hasil tanam sendiri makin berkobar2 nak tanam kailan..Hari2 makan kailan pun takpe. Memang favourite saya. Harini balik dari kerja tengok kailan dalam pasu dah tumbuh pucuk. Seronok sangat. Dulu masa harvest pakchoy sekali ja terus mati..nampaknya kailan ni ada gaya boleh hidup panjang.
kailan tumbuh semula
kailan dalam pasu panjang..yang kecik2 tu nak kena alih sebab tak berdaya saing


kailan dalam bekas styrofoam
kailan dalam patch belakang rumah



kailan dalam patch depan rumah


patch belakang rumah.
 Di sebabkan kailan yang ada tak cukup lagi.. hari ni saya beli kailan kat pasar. 2 pokok rm2 :P untuk buat kailan ikan masin

Sunday, May 13, 2012

mengalih bendi dan bayam

Walaupun ruang depan rumah tak lah sebesar mana tapi as full time working mom (FTWM) macam saya ni letih juga nak menguruskan nya. Tapi tak pe..saya anggap ini satu peluang untuk exercise memandangkan kalau nak pergi exercise kat luar tu lagi lah susah. Sebenarnya macam2 yang nak di tanam dan disusun depan rumah ni. Tapi kena tunggu sampai wall dan gate siap. 

Harini cuti dan suami ada di rumah. So saya buat la sikit-sikit. Tengok2 dah tengahari.. hmmm..

anak2 bendi yang baru di alih
ini pulak bayam. sya alihkan dari pot oanjang. Saya tengok dalam pot tu kurus2 saja. yang ni penah di tuai. Lepas dialih 2,3 hari nampak daun2 mula keluar balik
yang ni pulak memang bayam2 yang sangat bantut dalam pot tu.. rasanya dah 2 bulan kut..besar ni aja.. dah alih nampak naik sikit daun.
okra yang tak putus2 tapi sekali berbuah 1 aja... huhu
roselle - belum pernah petik lagi...


kacang panjang sulung dari pokok ni: tak lama lagi pagar ni nak kena roboh dah... 









marigold baru di ubah dari pasu





pot bayam di semai dengan benih dahlia, marigold dan cosmos
sprouting dari pot di atas

ruang depan rumah.. bahagian tepi pagar tu tengah memikir samada nak buat wall atau tak...  ataupun buat vertical garden ja: kena study lagi ni.




terima kasih

Saturday, May 12, 2012

Happy nurses day 2012 : you might be a nurse if...



*You can drink a pot of coffee and still go to sleep in the morning. 
*You can't see it; it's probably not there.
*You think it is acceptable to use "penis" and "vagina" in a normal conversation.
*You believe the definition of stress is when you wake up screaming and you realize you haven't fallen asleep yet.
*You believe not all patients are annoying. Some are dead.
*You see stress as a normal way of life.
*You have a tendency to laugh at your patient's "big" problems.
*You know the phone numbers of every late night food delivery place in town by heart.
*You've ever told anyone in pain to "stop being a baby and deal with it."
*You've ever told a patient to "stop faking it."
*You don't get excited about blood loss unless it's your own.
*You don't hit patients or doctors....unless absolutely necessary.
*You believe the pain will go away when it stops hurting.
*You've ever said, "Why am I here?"
*If you believe if a patient who has a catheter, he needs it.
*Everyone gets treated exactly the same...until they piss you off.
*You've ever had to contend with someone who thinks constipation for 4 hours is an emergency.
*You refer to motorcyclists as organ donors.
*You can eat a candy bar with one hand while performing digital stimulation on your patient with the other hand, and it doesn't bother you.
*You've ever held a 14-gauge needle over someone's vein and said, "Now your going to feel a little stick."
*You've ever thought, "As long as he's got a pulse, I don't care about the rhythm."
*You automatically multiply by three the number of drinks a patient claims to have daily.
*You feel that if someone is shot or stabbed, they probably deserved it.
*You think "awake and stupid" is an appropriate choice for mental status.
*Your most common assessment question at 2 a.m. is "Why is this an emergency now?"
*You firmly believe that "too stupid to live" should be a diagnosis.
*You have to leave the patient before you begin to laugh uncontrollably.
*You believe a good tape job will fix anything.
*You can think of another 200 examples of "You Might Be a Nurse If..."

Friday, May 11, 2012

masak-masak hari ni..


Hari ni saya terpaksa ambil cuti dan minta kawan sekerja ganti kan disebabkan puteri tak sihat. Semalam bangun mata ada discaj - dah kena conjuntivitis ataupun sakit mata. Bila dah sakit mata macamana nak hantar ke nursery. lagipun dia tak berapa sihat. Batuk dan ada wheezing sikit. Ini  lah akibat 2,3 minggu ni mamanya malas masak dan asyik berjalan. Banyak makan kat luar. Lagi satu kemungkinan hari tu mengemas store - cari barang2 nak recycle-- habuk banyak.. start tu dia mula bersin dan berhingus. Mungkin juga semasa di nursery berjangkit. Puteri pun start 2 may hari tu baru hantar nursery. Lepas mandi mereka bedakkan puteri. Puteri ni memang alergy bedak. Dari baby lagi memang saya tak bedakkan dia.


Puteri ni juga susah nak makan ubat. Lagipun saya lebih suka merawat secara natural. Cuma disebabkan wheezing malam2 saya letakkan syrup ventolin dalam susu- supaya lapang sikit dada.

2,3 harini saya sediakan teh O cair + daun pudina (kalau ada madu pun bagus) untuk cairkan kahak. So tak sakit dada sangat bila batuk2 tu. Bila masak pula kurangkan minyak. Sebaik2nya buat sup-tanpa tumis. Dalam sup letak bawang putih, lada hitam dan halia. Saya memang amalkan kan ni kalau puteri selsema atau batuk. Tapi jangan la terlalu banyak nanti terlalu 'panas'. Elakkan ajinomoto dan garam berlebihan - nanti boleh sebabkan dehidrasi - lagi kering tekak.

Harini seperti biasa bangun tidur siram pokok dan kutip apa yang boleh dimakan kat luar tu. Rasa sekejap ja hari dah petang. Sementara tunggu teduh nak berkebun petang ni... saya kongsikan sikit menu tengahari tadi..




ulam-ulaman : ulam raja, daun selasih, pucuk kari dan bendi celur
Petua elak bendi berlendir: masak air sampai mendidih, letak satu asam keping dan celur sekejap saja.

Bendi ni sebenarnya tak elok bagi kaum wanita. Tapi bagi ibu nak bersalin bagus la. Bendi yang saya kutip ni dah tua... tapi takpa puteri suka makan biji dia saja - kulit keras tu tak makan lah.. Buang dan tinggal teras kat dalam saja. Puteri cakap "wow.. macam jagung :) "


kacang buncis goreng
 Kali ni saya kutip kacang buncis lebih awal. Baru lembut dan manis. Kacang buncis ni 3,4 hari sekali dah boleh havest. Memang ada bekalan berpanjangan :) cukup la untuk kami 3 beranak saja. Hari kerja husband tak balik.
Sup sosej dan ayam.
 Sepatutnya ini sup ayam saja untuk Puteri. Disebab Puteri suka sosej so potong la sikit masuk. Letak halia, kulit kayu manis, lada hitam, daun sup dan bawang goreng.  At least dia ada selera nak makan pun cukup bagus time2 tak berapa sihat ni.
Daging goreng   
Daging ni lebihan buat rendang hari tu. Stok akhir.. jarang2 sebenarnya beli daging. Sebab daging ni nak masak sikit saja. hari tu pun beli 1/2 kilo boleh masak 3 kali. Sekali masak tahan sampai makan  malam. Daging ni saya masak bersama cili padi, kunyit, lada hitam dan daun selasih. Apa nama resepi- saya pun taktau :)
teh pudina + lemon
Untuk minum pula teh O cair bersama pudina dan lemon. 2,3 hari ni memang siang malam minum ni. Bagus untuk legakan sakit tekak dan batuk. Tapi tak perlu la manis2..

nyum..nyum..


sambung bercucuk tanam lagi


 Sekarang dah tak hujan dah petang2.. so saya sambung la bercucuk tanam lagi.
 Kadang2 saya rasa fed up juga dengan tanah nursery. kadang2 ok kadang2 tak.. hmmm...sekarang saya cuba untuk tanam atas tanah sendiri aja.. Sepanjang 3,4 hari lepas saya dah kembali mengalih dan menyemai beberapa benih. Antara sayur yang saya alih ialah kailan dan bayam. Sayur yang baru disemai pulak sawi bunga, kacang panjang dan bayam.



kailan. ini bekas foam saya potong2 untuk but boarder aja... dalam tu da 2 ekor cacing yang besar2. :)
sebahagian kailan lagi

sawi hongkong rasanya



ini adalah pokok kacang panjang yang di tanam dalam pot kecil oleh anak saya ..puteri 3 tahun. rimbunan pokok ni dalam gambar di bawah

Tengah berbunga semula.. hari tu ada 3 kacang panjang dah masuk dalam sup dia..


ini pulak yang baru di semai 3 hari lepas


sawi bunga

bayam putih daun bulat hari ke 3..
Sebelum menyemai benih2 ni di tanah saya sudah taburkan racun siput babi. Nampaknya banyak siput babi yang mati.


 Pstt: Jika rakan2 ada singgah sini saya nak tanya satu soalan... ulat gonggok tu berbahaya tak pada tanaman? kalau bahaya macam mana nak hapuskan ye?

Wednesday, May 9, 2012

masak - masak hari ini

Bila ada tanaman sendiri..mudah untuk masak2 kan.
Sesetengah bahan2 masakan kita hanya  perlu sedikit saja. Contohnya halia, daun kunyit, serai, daun bawang dan daun limau purut.
Harini saya kutip2 sikit apa yang di tanam untuk di campur dalam menu makan tengah hari..


kailan goreng belacan.. kailan dari hasil 3 pokok

sup ayam untuk puteri, di tabur daun bawang
sotong panggang bersama daun kunyit dan daun limau purut

ulam thai basil dan ulam raja-cukuplah untuk seorang makan
'SELAMAT MENJAMU SELERA'

Tuesday, May 8, 2012

semaian baru



Alhamdulillah..petang ini saya sempat menyemai beberapa benih2 - sawi hongkong dan terung.. selalu fail tanam terung tak tumbuh2)

Benih2 yang disemai 2 hari lepas pun dah sprouting terutamanya lobak putih dah naik daun dah.
Bayam merah/ bayam putih, petola, labu pulak - tak nampak rupa...

Semalam saya tabur racun siput babi.. petang ni nampak ada 2 terbungkang mati .. Tapi saya tak puas hati- saya tau ada ramai lagi.. nak pergi cari jenis nugget pulak..yg kumpul ramai2 tu.. 

Raised bed pun dah siap (5 minit punya kerja) - biar dulu lah itu... tempat nak tanam carrot.

Petang ni nak cari bekas stryofoam untuk buat patch tanam sayur. Nak cari bata tapi taktau mana jual... letih nak membeli tanah isi dalam pot dah.. padahal tanah sendiri pun subur jugak..

lobak putih - kali ni nak tanam banyak sikit

anak2 kailan.. ada lagi 3 pasu... kali ni nak pindah ke tanah... buat patch

ni raised bed lucu yang yang saya maksudkan.senget benget... maklum la ibu beranak 1 yang buat.. tak pandai "handy".. walaupun kecik tapi 3 peket tanah sayur ni!.. eee dah la sepeket rm 4. nak buat tanam karot la- sayur berprofil tinggi!
sawi bunga -benih dah berakar tapi takde camera makro tak leh ambil gambar  

bendi singa
rasanya kailan kut

kailan juga..