Monday, April 30, 2012

kimcham goreng tepung

Semasa pergi cameron baru2 ni, dekat pasar malam brinchang saya lihat banyak jual sayur goreng. Rasanya sedap tapi tak berapa best sebab tak panas. Kemudian saya jumpa benda ni yang mentah.. kimcham namanya. selalunya makan kimcham kering yang dijual peket bersama "pucuk" ke fucuk ntah, cendawan kering dan suhun tu.
Ni first time jumpa yang mentah.  Saya pun beli sepeket besar. Kata penjual tu dulu kimcham ni harganya rm60 sekilo. Sekarang RM 10 ja..

kimcham yang saya beli
Balik rumah saya google apa sebenarnya kimcham ni. Rupanya bunga. Cantik bila kembang...
Bunga kimcham bila kembang - sumber: google


 balik saya buat kimcham goreng tepung

close up seket. sedap tau.
Ni pulak bendi dan kacang buncis yang dikutip depan rumah tadi. First time masak cenggini. Sedap juga.

Saturday, April 28, 2012

Cari pokok

Hatiku duk terpikir (hati ker yang berfikir?erkkk!)..
Pagi nanti saya akan ke Cameron Highlands.
Kali ni ada satu motif ke sana - cari pokok!

Antara pokok2 yang bermain2 je dalam kapla ini ialah orkid dan cactus..




Hmm pokok apa yang sesuai di beli untuk di tanam di tanah rendah ni...

help me plss....

Ini juga kali pertama kereta kecilku jalan jauh selepas 5 tahun. Selama ni duk dalam Island dan sekali sekala ja balik Kedah.







Thursday, April 26, 2012

harvest hasil sulung

Sesetengah  tanaman telah menunjukkan hasil.

Tapi hasil sulung ni biasala sikit2 saja. Kalau dibiarkan nanti lagi tak boleh rasa langsung.

So kutip la sikit2.. nak masak apa tak tau la...

campur2 la buat sup.

bayam putih. ni pun agak keras. bantut kot

2 kacang buncis. hasil sulung untuk batch ini

bendi singa sulung

bayam malabar

campur2 semua adalah cili sikit, kangkung sikit dan sawi

ilmu laduni - bila nak bercucuk tanam

Selain apa yang saya bincangkan dalam entry sebelum ini mengenai seminar perubatan Islam, di sana juga saya mengetahui mengenai satu cabang ilmu Islam - iaitu mengenai ilmu laduni dan rawatan herba.

Dalam selingan ceramahnya juga beliau juga ada selitkan mengenai ilmu bercucuk tanam.
nak bertanam pun ada hari2 nya jugak. Setakat yang saya ingat.

kalau tanaman berbunga hari selasa
kalau tanaman berdaun hari rabu
kalau tanaman berbuah hari jumaat

jangan bertanam pada hari sabtu melainkan kita dah mula pada hari jumaat.

Di seminar itu juga beliau ceritakan pasal pokok2 herba.
Di luar dewan pun terdapat jualan pokok2 herba.

Saya pun beli beberapa jenis pokok iaitu  geminggi- untuk rawatan gout, bayam batu (mulberry)- tak ingat untuk rawatan apa dan sejenis lagi (  tak ingat nama) untuk rawatan batuk.
tak pasti nama dia- ubat untuk batuk

mulberry atau pun bayam batu

geminggi - ubat untuk gout


doktor lelaki rawat pesakit perempuan

Baru2 ini saya berpeluang menyertai seminar perubatan Islam zon utara.


Banyak info yang saya dapat mengenai isu2 perubatan kini. Walaupun tak dapat semua sekurang2nya dapatlah sedikit take home message. Ini melalui apa yang saya faham sahaja. Bukan untuk meletakkan hukum atau sebagainya. Saya bukanlah orang yang layak :)

Salah satu mengenai istilah perubatan Islam. Sebenarnya perubatan moden ini juga adalah perubatan Islam selagi ia mematuhi hukum2 syarak kerana ilmu itu luas. Jangan sempitkan pandangan dengan memikirkan perubatan Islam itu hanyalah perubatan di pusat rawatan Islam sahaja.

Selain itu, dalam konteks Malaysia- kita masih lagi daam keadaan darurat. Contohnya di hospital kerajaan kita tak boleh memilih doktor kerana masih dalam darurat. Kita kekurangan doktor Islam dan doktor perempuan pula tak semua kerja di unit gynaecology and obstetric (O & G). Darurat itu adalah dari pihak perubatan dan pihak pesakit. Jika pesakit mampu mendapat rawatan dari doktor perempuan dia bukan lah lagi darurat. wallahualam.

Dan kita-perempuan, jangan asyik komplen saja jika dapat rawatan dari doktor lelaki. Sebenarnya fardhu kifayah juga untuk kita menghentikan darurat ini. Didiklah anak perempuan sebaik2nya supaya kita menjaga wanita2 Islam di kemudian hari.


*Ini sekadar pendapat saya dan sedikit mesej yang dapat saya terjemahkan. Wallahualam.
Sesiapa yang mahu mengetahui lebih info boleh la jenguk ke Pertubuhan Amal perubatan Ibnu Sina Malaysia (papisma) . Pertubuhan ini terdiri dari Doktor2 Pakar Islam seluruh negara.




mode berangan - kebun impian

Ada banyak masa untuk godek2 so saya customize sikit2 blog saya ni.


Macam di rumah jugak lah kan - selalu bosan dengan setting yang sama... saya mesti tukar2 susunan perabot.

Sekarang..untuk ruang laman depan rumah baru saja ukur unuk buat awning dan gate. Entah sempat atau tak pokok yang menjalar kat pagar tu nak berhasil sebelum pagar tu di robohkan.
Pagar yang lama tu saya nak angkut ke belakang untuk buat trellis.

Susunan sedia ada untuk garden nampak cam semak ja. So saya tengah berpikir macamana nak memanfaatkan ruang yang ada dengan mengurangkan kos. ( kalau duit banyak senang la.. Bagitau ja..then upah orang datang buat ye tak?)

Lagi satu pokok2 sayur tu rasa cam nak buat table sebab bila atas tanah tu, saya rasa was2, apa lah yang berlaku bila time tak nampak - ntah kucing kencing ke, lipas merayap ke.. errk!!!

Bila google images je macam2 gambar garden keluar.. maybe bila saya pencen nanti baru boleh tercapai garden lawa camtu kan...

Dapat cam ni pun cukup la... ngeeeeee...
design je cenggini ke tapi pokok2nya tukar letak yang sesuai ngan cuaca penang

buat raise bed cenggini ke...bawah tu letak dawai electric ke bagi kucing tak panjat

teringin sangat nak ada trellis macam ni tanam labu ke.timun ke..


Wednesday, April 25, 2012

bunga dan buah

Sudah hampir seminggu saya tak mempedulikan tanaman disebabkan agak sibuk. Sekadar jenguk2 saja. Siram pun tidak sebab hari2 hujan. Hari ni saya cuti. Nampaknya tanaman sedang galak berbunga.

Saya pun snap beberapa keping foto menggunakan kamera digital saya yang dah berusia lebih kurang  5 tahun ni.

ni bunga pokok cili.. banyak pulak semut jalan merayap kat situ. siap boleh posing lagi tu.
bendi

kacang panjang

kacang buncis

kacang buncis

roselle

eh? bunga ni pun ada....

bendi

bunga raya ke bunga apa ya?

cili ..pokoknya kecik ja...

Sunday, April 22, 2012

Earth day and great clothdiapering change!!!

Hari ini merupakan hari bumi....
Sedikit saya nak ceritakan mengenai Earth Day ni...

So, apa yang  kita lakukan kepada bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita?

Bagi saya, sekurang-kurangnyanya saya telah membantu dengan menggunakan lampin kain sepenuhnya kepada anak saya.  

Sempena Earth Day juga telah berlangsung great cloth diapering change kali kedua di mana menyalin lampin secara serentak di seluruh dunia bagi menyampaikan mesej untuk kita bertukar daripada DD kepada CD. Acara ini juga adalah untuk dimasukkan ke dalam Guinness Record.



Mengikut laporan dari kawan-kawan saya  di Malaysia Great Cloth Diaper Change 2012   pada malam tadi bertarikh 21 April 2012 telah disertai seramai 29 peserta di Saujana Utama, Sungai Buloh dan 34 peserta di Putrajaya! So, 63 anak2 ini telah menyumbang kpd world record. Terkilan juga sebab tahun lepas saya berkursus dan tahun ini pulak anak saya dah tak cukup syarat :p

Tahukah anda penggunaaan lampin pakai buang (disposable  diapers-DD) merupakan sampah ke 3 terbesar di dunia. Bagi yang mempunyai anak kecil yang menggunakan DD tengok sendiri la berapa banyak sampah hasil DD yang di buang setiap hari?
Seoarang bayi yang berDD banyak ni lah sampah dia sepanjang penggunaan DD.

pikirla sendiri...

Sebenarnya banyak isu yang dilemparkan mengenai penggunaan lampin kain (Cloth Diapers-CD) ini.
Bocor la, tak sempat la..

Jika saya yang bekerja shift, travelling setiap hari boleh menggunakan CD saya rasa tidak ada masalah. Saya juga tetap berCD walau travelling samada naik bas atau flight. Walaupun bercuti samada tinggal di hotel atau rumah saudara mara.Yang penting cuma mahu atau tidak saja!

Bagi saya sebab utama saya menggunakan CD pada anak adalah sebab kesihatan kerana anak saya saya alergy dengan penggunaan disposable diapers- boleh saya katakan saya telah menggunakan segala mak nenek brand DD ni.
my Cding princess....

Di samping itu baru lah saya tau sebenarnya perubahan yang sedikit ni merupakan penyumbang kepada bumi yang lebih hijau.

Mengapa saya tak menggunakan CD dari awal?
Sebenarnya saya sangat menyesal kerana tidak mengetahui mengenai penggunaan CD dari awal ni.

Next time..will always go CD!!!!
Time to change mommies.. no more disposable diapers. Lets make a great change and save the Earth!

Friday, April 20, 2012

princess day out

Puteri nampaknya seronok bila bawak shopping. Nasib baik ada Yuyu teman. Kalau tak jenuh jugak nak control perangai puteri ni.


Sebenarnya saya jarang bawa Puteri shopping kat mall yang besar-besar ni.Sebab susah nak control dia. Kalau pergi pun setahun sekali time raya saja. Selalunya Tesco dan Giant. Baju2 pulak banyak beli on line ja.

Kebetulan saya memang nak cari kasut yang feminin sikit dekat Puteri. Sebelum ni kasut yang di pakai lebih kepada sporty/sneakers.



Sepupu saya introduce kedai cotton on ni. Agak teruja jugak sebab ni first time shopping sini. Kasut-kasut sini sangat comel dan berbaloi harganya. Dress dan top pun cantik-cantik jugak.







Thanks yuyu for the pics!!
Salesgirl tu pun sporting ja. Next time boleh datang lagi.


hikmah di sebalik kejadian

Tidak dapat di nafikan setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya kan.

Harini aku betul2 rasa tersentap dengan kata2. Bukan saja2 nak sentap.. kenyataan memang pedih untuk di dengar kan?

Walau macamanapun aku tetap syukur atas hikmah di sebalik kejadian..Sekurang-kurangnya urusan ku di permudah kan....

Apa yang akan berlaku selepas ini sekurang-kurangnya aku ada alasan untuk di perkatakan...




Pening tak? Apa sebenarnya yang aku mengomel ni?


Hanya Allah yang tahu!!



****************************************************************

Hari ni aku dah register puteri ke nursery. Sebenarnya dari pregnant lagi aku dah survey nursery ni. Memang plan nak hantar sini lah. Tapi keadaan tak mengizinkan.

Masa register tadi puteri nampak excited sangat. Alhamdullillah..

Aku sangat syukur dan amat berterima kasih pada kedua-dua mertuaku yang selama ni mengasuh Puteri. Dan kini tibalah masa untuk aku mengurangkan beban mereka.Tak termampu aku nak membalas jasa baik mereka membesarkan Puteri selama ini. Hanya Allah yang mampu membalas atas keikhlasan itu. Semoga perpisahan ini lebih memberi ruang untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Bermula 2hb 5 ni Puteri akan mula ke nursery. Be a good girl ya sayang.

Selain tu masa berbincang dengan pihak taska mereka macam agak surprise bila aku cakap Puteri dah Diaper Free! Inilah salah satu kebaikan Cloth Diapers. Early Potty Training....

Rasa tak sabar tunggu first day Puteri in nursery. Aku yakin Puteri akan dapat sesuai kan diri.. Tibalah masa untuk Puteri berdikari :)

Thursday, April 19, 2012

update pokok-pokok ku

Walaupun asyik dengan gadjet baru tapi gardening still lagi diteruskan..

Saya tengok pokok2 saya macam lambat membesar ja... So saya gemburkan letak baja.. semoga cepat membesar.. ya..
kailan - yang dalam bekas ni lambat membesar kut.. kurang baja ke kenapa ntah.. yang dalam bekas kecik kailan tumbuh besar pulak..



bendi nampaknya dah keluar putik bunga
Selain tu ada lah 2, 3 "tunggul" yang hidup :)
pokok tetulang



pokok lengkuas

hari yang panjang

salam..
coretan hari ni lebih kepada diari untuk diri sendiri bersama cousin ku yuyu. Semalam adalah hari yang meletihkan. Mula 2 si yuyu ni dah sampai ke terminal bas Sungai Nibung seawal jam 5 pagi.

Disebabkan aku kerja malam habis shift pukul 7 pagi... terpaksa la si yuyu ni melepak di situ dengan banyak mata yang  memandangnya. Terminal Bas Sungai Nibung ni bukannya sibuk macam puduraya tu..

Selepas jemput yuyu, kena ambil  Puteri dari rumah tokmak dulu kat Air Itam. Kemudian patah balik ke Pasar Gelugor untuk makan nasi lemak. Kalau perut kosong camana nak tidur ye tak?

Dalam pukul 9 lebih baru sampai rumah. Perjalanan round Island waktu peak time orang nak pegi kerja memang la sangat semut.

Selepas melantak kami pun terus tidur.

Kemudian.. dalam pukul 12 masing dah siap so start engine  kereta nak pergi withdraw duit dulu. Ergghh.. takde parking plak.

Pastu pergi Petronas je la.. ada ATM. Sambil tu isi minyk full. Plan nk shopping then nak pergi Penang Butterfly Farm.. Sambil nak bbuat Photoshoot dengan Puteri yang dah dress up ala2 princess ni..yuyu  pun usung dia punya DSLR dia tu.

Perggh..tetiba nak start enjin- tak hidup plak... nasib baik ada mamat drebar lori tolong tolak pergi park jauh2 sikit.. kemudian kontek ah kau. Sambil tunggu lepak kat kedai mesra setengah jam- sukala Puteri buat macam pergi beraya open house pulak - macam2 dia amik kat dalam kedai tu!! ah kau datang check rupanya bateri kong.. tau2 ja PHH ni nak pau aku kan..

Lepas caj- pergi antar workshop la. Memandangkan memang time nak servis baby ku tu..so aku decide tinggal la dulu kat situ untuk buat apa2 yang patut.. nasib baik ah kau ni baik hati hantar balik kitorang kat Sungai Nibung pasal kena beli tiket Yuyu nak balik Shah Alam..

Dari Terminal Bas amik cab pergi Queensbay Mall.. makan dulu .. lapar gila dah pukul 3 pun. Makan dulu kat  chicken rice shop. Sebenarnya apa yang nak di cari takda kat sini..

So terjumpa benda lain. Shopping untuk Puteri dan Yuyu je lah...

Kemudian kami amik cab lagi pergi ke Kompleks Bukit Jambul.

Survey punya survey dapatla apa yang di cari..

 mula2 nak beli yang ni..



 last2 tangkap ni lah..



 Thanks yuyu sebab jadi saya punya PA.

Then dah kami pun amik cab untuk balik rumah. Caj rm12 gak. Padahal dari BJ ke rumah aku tu 2 minit ja!!

Huh!.. harap2 harini kali terakhir aku naik cab...

Malam kitorang dinner .. kemudian hantar yuyu pergi terminal bas.. Saya dan puteri memang letih sangat dan terus pengsan....

Dear yuyu rehat dulu ya..I'm waiting our picture..

Bangun tidur puteri yang paling suka dengan kawan baru dia...

lepas ni tak le kacau mama on line ya!


mama cukupla dengan keperluan.  yang bolej caj seminggu sekali ni :)