Wednesday, December 19, 2012

karnival si jantung hati untuk Tabung Doa Ibrahim

salam sayang semua..
lama gila menyepi kan...
sekarang dah bertekad kembali aktif berblogging.

saya nak cerita sesuatu yang akan berlangsung pada 23 DECEMBER 2012 ni.


Karnival ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai penyakit jantung di kalangan kanak-kanak dan mengutip dana bagi kos rawatan baby Ibrahim.

Anda semua di jemput hadir dan boleh dapatkan update  di facebookTabung Doa Ibrahim.

 Sepanjang karnival pelbagai aktviti yang dijalankan. Boleh tengok kat banner yang cantik tu.. so ramai-ramai dijemput hadir bagi memeriahkan karnival ini, bershopping dan memberi sumbagan anda.


Antara charity sale yang saya terlibat mestilah organic  gardening.  oh ya Diana dari kebun malay kadazan girls juga antara yang turut serta. Sempena jualan ini saya telah menyumbangkan 20 paket baja vermicompost ataupun baja tahi cacing yang sangat bagus untuk sayur-sayuran.

boleh tengok hasilnya pada tanaman saya di entry baja pokok. saya gunakan baja ini untuk lobak putih. gemuk terus :) stok adalah limited. jadi memang bagi anda yang tercari-cari baja tahi cacing sila lah datang ke booth ini. selain tu juga ada dijual benih-benih tanaman juga.

Bagi anda yang belum tahu mengenai keistimewaan baja vermicompost boleh lah baca penerangan Tuan Iskandar di entry vermicomposting di blog tanam sendiri.
baja organik vermicompost



Selain tu benda comel ni pun menarik minat saya. Aktiviti yang menarik untuk anak-anak anda.

kraftangan yang comel sebagai activity untuk si manja anda :)
Jom sama-sama meriahkan karnival ini. Beramal sambil berseronok... see ya.....

Post a Comment