Sunday, December 23, 2012

akhirnya terung berbunga

Antara banyak-banyak benih yang saya semai terung adalah benih yang sangat susah nak bercambah. Sebenarnya tak lah susah sangat cuma perlu cara yang betul. Terung akan bercambah dalam keadaan
gelap. Dan mengambil masa yang lama nak mula bercambah. Tapi bila dah membesar ia akan mula lasak dan mudah di jaga.
 
Cara saya menyemai benih terung - saya taburkan daam tanah sedalam 2-3 cm kemudian tutup dengan baldi hitam. Hamik ko! kemudian lepas seminggu saya  buka baldi tu... taadaaa  dah bercambah. Happy sangat sebab sebelum tu dah berpuluh-puluh benih saya semai tak menjadi. So alhamdulillah kali ni menjadi. Kini dah mula berbunga pun. Bila dah berbunga ni. Ada pulak cara lain nak memastikan ia dapat menghasilkan buah yang besar dan sihat. Ye.. kena buka tanam sendiri cari info lagi. Buah terung Tuan Is memang awesome!
 
 
 

terung panjang
terung asam
Selain tu saya sangat happy gak bila terung asam pun bercambah subur. Teringat masa arwah nenek dulu suka potong terung asam ni campur belacan,garam dan cicah ikan bakar. pergghh terangkat.
Jom tengok pokok pokok lain pulak. rezeki musim hujan. Organik dan fresh.


pegaga kampung

kangkung

bendi yang tak tertuai dah. belakang tu pokok kacang panjang
Happy Gardening ;)
Post a Comment