Friday, September 14, 2012

pucuk labu dan pucuk manis

pucuk labu dan pucuk manis
Semalam saya dah cuba beberapa pucuk labu manis di campur dengan sayur bayam. Sedaappp..

Anak pun suka..

Kali terakhir makan pucuk labu semasa tinggal dengan arwah nenek di kampung dulu lebih kurang 15 tahun lepas.

Kemudian saya teringin nak merasa semula terutama bila tengok entry di blog tanam sendiri.

Lantas saya pun pesan benih labu manis. Kini pokoknya telah merimbun tapi buah takde yang lekat pun.. Pernah 2,3 kali buat manual. Tapi belum ada rezeki. Takpela.. niat saya nak makan pucuknya aja masa tanam dulu tu.

Pagi ni petik lagi pucuk labu manis dan pucuk manis.. Cadangnya nak buat sayur tumis aja letak ikan bilis. Kemudian ikan goreng. Mesti puteri suka.

Yang penting ianya organik dan bebas racun serangga!
Post a Comment