Friday, August 10, 2012

psyllium husk

Salam. Sejak menjak ada seru nak menurunkan berat badan ni... saya google terjumpa la benda ni... psyllium husk. Untuk maklumat lengkap boleh la google sendiri ya.

Saya cuma nak kongsi sebagai consumer saja. Cereal ni sangat best sebab memberikan rasa full sehingga tak boleh nak sumbat apa2 dah masuk perut. So memang nak makan nasi pun tak lalu.


Antara kebaikannya ialah membersihkan usus dan detox.

Rasanya pulak macam air laicikang tawar. Nak manis boleh letak madu. Cara pengambilan terpulang la. Bagi saya yang terbaik sebelum tidur supaya dapat membuang dengan nyaman esok pagi. Tapi kalau memang tak mau sentuh nasi boleh la ambil sebelum waktu makan sebabnya kalau dah telan benda ni walaupun tengok makanan yang sedap- sedap memang tak mampu nak sumbat dah. Kalau paksa juga mesti rasa nak temuntah.

Untuk saya 1 sudu teh di campur dengan 400 air sejuk dah cukup. Kalau lebih memang tak dapat masuk dah.

Bila masa membuang pulak kalau perhatikan hasil lombong kita tu macam jelly sikit :)

Yang penting untuk saya tak
menyebabkan direa. Macam biasa cuma lebih 'smooth'..

Kalau nak cari benda ni boleh di dapati di hypermarket di bahagian cereal..

ok. selamat mencuba :)
Post a Comment