JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Thursday, August 30, 2012

program diet saya!!

salam...
hari ni walaupun ramai yang post entry wordless wednesday tapi saya nak cerita pulak sebelum menjenguk tanaman saya tu.

berat saya semasa akhir mengandung 4 tahun lepas adalah 74kg. masa tu saya rasa ' how come i can be so big'

semasa kenal dengan husband saya dulu saya slim saja berat 48-50kg sahaja.

kemudian hampir2 majlis kahwin saya rasa bertambah tembam berat masa tu naik sehingga 62-64kg. Masa tu saya risau sebab nak kahwin kan. Saya pun ikut program diet London Weight Management. Beribu2 jugak habis. Berat turun balik.

Walau apa pun program weight management memang mereka sarankan kawal kalori intake.

Kemudian saya pun kahwin dan mengandung. Semasa trimester pertama saya mengalami alahan yang teruk. Memang tak lalu makan dan minum masa tu pulak bulan puasa. Berat ketika awal mengandung hanya 55 sahaja. Kawan2 yang tak tau saya mengandung pun hairan.

Kemudian habis fasa morning sickness, mula lah selera makan bertambah. Takpe nanti pantang boleh makan jamu dan diet balik. Siap beli set jamu.

Kemudian saya melahirkan anak dan puteri didiagnose G6PD Deficiency. So saya tak boleh mengambil
sebarang jamu ketika breastfeeding sebab boleh mengakibatkan komplikasi kepada anak.

Sejak melahirkan anak badan saya memang naik macam di pam pam. Pada mulanya ok lagi tapi mula naik mendadak. setiap tahun mesti kena tukar saiz uniform T T

Saya tak suka timbang berat sebab stress! Saya cuba berdiet tapi badan rasa lemah dah lutut pun menggigil kalau tak jumpa nasi.Tak tahan bukan seperti masa sebelum
kahwin dulu. Nak kata selera makan tinggi tak juga. Saya tidak la makan nasi 3 kali sehari pun. kalau order nasi pun separuh aja. malam memang jarang makan. Tapi perubahan hormon menyebabkan badan pun jadi hay wire huhuhu...

Disebabkan kerja saya sebagai nurse, cara kerja saya yang jalan- berdiri-angkat pesakit. Lama2 lutut pun sakit.

saya tanya pendapat kawan saya yang berkerja sebagai physiotherapist- nasihat utama - kurangkan berat badan dan bersenam. Kemudian saya mula meningkatkan aktiviti iaitu memulakan cucuk tanam. Lagilah sakit lutut ni sebab sebab selalu mencangkung!

Kemudian satu hari saya berani kan diri untuk timbang berat.. terkejutnya saya berat naik 76kg!!!!takutnya.... melampau lebih dari masa last mengandung!!!!

baru la terbuka hati nak kurus jugak jugak !! saya mengambil produk soya ( jenama xx beberapa tin) bersama vitamin shaklee kemudian apabila habis stok soya xx saya bertukar kepada product shaklee sepenuhnya!

Alhamdulillah sejak 2 bulan lebih berdiet dan mengambil meal replacement dan vitamin2 berat saya dah turun. Harini saya berat saya 68 kg. Seronok betul dapat hilangkan angka 7!!

Di sini saya nak kongsi diet plan saya setakat ini bersama produk shaklee.

SARAPAN PAGI
shaklee cinch
vitamin C
omega guard- untuk kurangkan rangsangan terhadap selera makan

kemudian buat kerja rumah/gardening

MINUM PAGI
Energizing soy protein+1 sudu teh apple cider vinegar+1sudu flaxseeds
GLA
B complex

then masak2 kemas rumah

LUNCH
500 ml air + madu + psyllium husk untuk carbohidrat
then makan ikan/ayam yang dimasak
secara panggang atau stim - gunakan olive oil. tak guna mentega atau minyak masak.
lecithin 3 biji untuk larutkan lemak.
kalau tak kenyang saya minum ESP

DINNER
psyllium husk + madu
lecithin
vitamin E - untuk penjagaan kulit

sebelum tidur
herblax atau alfalfa untuk detox dan membuang pada esok pagi.

Waktu gap tu saya minum ~3L sehari dan snek2 yang berkhasiat, rendah lemak.


(pstt: itu secara ringkasnya lah! kadang2 kantoi juga terutama jika husband ajak makan luar tu "rasa" juga serba sikit)

Doakan saya kurus macam dulu ya!

Kalau kawan berminat boleh hubungi saya sms/WhatsApp 0135825382
emel: hernyyusnizar88@gmail.com
fb https://www.facebook.com/hernyyusnizar






10 comments:

Irfa said...

kena kuat semangat..:)
saya pun sama..dlm proses nak hilangkan angka 7 tu..sebelum puasa 75.last puasa timbang 70.dah gembira..tp sekarang baru beberapa hari lepas raya dah jadi 72.huhu

wani sc said...

berat herny senang naik ye. lain pulak dengan saya, makan macam-macam produk nak naikkan berat tapi susah nak lepas 50kg! huhu. harap-harap lepas try shaklee nanti ada can la naik sampai 52 (at least) ;D
semoga harapan nak kurangkan berat herny tu dipermudahkan Allah. Amin~

Anonymous said...

bagusnyer!

hernyhafiz ^_^ said...

at least dah masuk angka 6 tu lega lah sikit :)

tapi sekarang mental dah tahan.. tak heran dah nasik.

ejaMaria said...

wow... cerita kamu dgn masalah saya agak sama... beza nya berat saya naik sikit-sikit... dari 50kg masa nak kawen hingga dah anak ke-3 ni berat maksima saya 74kg...

skrg ni saya kontrol makan(kalori) shj... sbb saya tak suka bila diet kena pantang itu dan ini... saya dah letih diet... sbb tiap kali pregnant saya gain 20kg... then masa pantang & diet hanya hilang +-10/15kg je... :(

jadi skrg kontrol makan dan main basikal (ikut hubby main extreme mountain bike)... dan ambil peluang diet masa puasa... syukur berat saya dah turun ke 68kg...

dan saya tengah try lagi... target 1kg-1 bulan... biar sikit tapi yg penting fat kena bakar... kalau turun cepat dikhuatiri bukan lemak yg dibakar... jadi peluang utk gemuk semula lebih tinggi...

saya cuma nak berat saya ke 60/62kg... sebab kalau kurang lagi nanti saya nampak sgt kurus... sbb saya kategori frame besar dan tinggi...

hernyhafiz ^_^ said...

memang la.. nak naik senang nak turun susah huhu.. isyaAllah aminnn

hernyhafiz ^_^ said...

^_^

hernyhafiz ^_^ said...

haah saya pun tak target penurunan yang drastik sebab boleh dapat kidney failure kalau banyak sangat turun berat ni.. berbasikal.. bestnya dapat burn kalori...

Mama Pongkey said...

Setuju jangan lose weight cepat sangat, nanti banyak side effect lain pula. Bagi sesetengah orang, mungkin akan mengganggu keseimbangan hormon pula, kerana simpanan lemak yang kita bakar semasa lose weight tu, sebenarnya juga mengandungi pelbagai hormon dan toksin yang turut dibebaskan bersama-sama lemak ke dalam salur darah. Jadi suplemen yang boleh mengurangkan kesan sampingan ini amat berguna.

Selamat berjaya kepada semua yang mencuba. Saya sendiri lost 7kg over 5-6 months tahun lepas, alhamdulillah masih maintain.

Mama Pongkey said...

Oh ye. Saya ada perasan perkara ni masa lose weight. Kalau berat badan tak turun, jangan stress. Sebenarnya pada masa berat badan tak turun, ukuran lilit pinggang, punggung dan sebagainya yang sedang turun. Masa berat badan turun, ukur lilit tu maintain pula. Saya rasa itu cara semulajadi badan kita menurunkan berat dan saiz secara berperingkat supaya tidak terlalu drastik.

Jadi ambillah ukuran lilit before and after. Masa weight loss tu terhenti ukurlah pinggang atau lengan, hasilnya pasti menggembirakan. Weight is not everything.