JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Friday, July 6, 2012

tanaman dalam bekas

Sekarang dah tiba musim hujan. Syukur sebab tak perlu siram tanaman lagi. Kebelakangan ni saya rasa sangat down sampai nak tengok pokok, nak masak, nak online pun jadi malas. Ini sebab insiden yang terjadi pada saya baru- baru ini yang memberi kesan yang sangat mendalam. Cukuplah saya simpan untuk diri sendiri ja..

Selaun daripada tu hujan setiap hari sekarang ni membuatkan bukan saja pokok yang tumbuh subur...rumput rumpai pun sama naik. Hari ni saya keluar dan petik beberapa helai sayur sawi. Nampaknya subur juga walaupun terabai. Pagar yang saya hadang dengan tikar getah (sebab segan bila jiran tengok saya bertanam) pun saya dah buang untuk memberi ruang pada labu dan peria untuk memanjat. Sekarang cerah la sikit...

Masalahnya pokok pisang ni tumbuh subur pulak walaupun penat saya potong sampai luka2 tangan. Saya tengah mencari cara untuk memusnahkan pisang sebab menggunakan terlalu banyak ruang.

Tanaman dalam bekas foam pun nampaknya subur mungkin sebab saya membaja hari tu... Cuma daun basil ja dah.

Bekas pertama nampaknya pokok parsley yang saya tanam dari akar tumbuh subur bersama-sama ketumbar, daun bawang dan kobis cina.

Bekas kedua pulak adalah yang paling produktif- ada kailan,basil,cili,kobis cina di dalamnya.

Bekas ketiga tu pun kobis cina yang nampaknya subur cuma tak naik tinggi sebab saya tutup dengan jaring untuk menghalang kucing2 buat port.

Bekas ke empat tu adalah karot topweight yang ditanam bersama peria katak. Kemusykilan timbul samada nak baja atau tak? Sebab karot kan tak perlu banyak baja sebab nanti takde isi...hmmm

Bekas kelima pula adalah temu pauh dan anak2 cili kampung.

Bekas terakhir pulak adalah sawi dan salad.

Published with Blogger-droid v2.0.6

7 comments:

Nudabuffy said...

banyaknya carrot dia tumbuh.. saya punya semaian yang kedua baru banyak. Mungkin salah guna medium semaian.

hernyhafiz ^_^ said...

Bnyak ke.sebenarnya dengan berat hati saya dah cabut lebih dari separuh untuk jarakkan...kena sabar karot ni kan..tapi nasib baik daun dia comel

mat jon said...

emm..mana kutip bekas foam tu, puas saya pusing kat market kawasan saya, ada tu ada tapi org kat market tak bagi,diorang nak pakai semula. hmmmm..

wani sc said...

banyak juga semaian yang dah naik. carrot topweight tu nanti daun mcm daun sup juga? temu pauh saya mcm tak tumbuh pulak.

ejaMaria said...

emmm... kita semai karot langsung tak hidup... kecik hati... ;p

hernyhafiz ^_^ said...

Matjon- bekas tu saya beli sebenarnya.... Kalau kat tesco punya tempat sampah kadang2 ada jugak.

Wanisc- lebih kurng la daun kecik2 gitu.,,

Ejamaria- cuba beli dr diana mkg tu..benih bernas betul?..

lynnhelite said...

suka tengok anak2 benih menjadi tapi lynn punya byk yg dah arwah..tak tahu dimana silapnya, bila dia besar sikit mcm2 binatang/serangga yg dtg. hari tu pokok cili dah meninggi hampir 30cm, letak kat tanah esoknya lesap!terkedu la kejap..