Sunday, June 17, 2012

tumbuhan menjalar

Sekarang ni susah sikit nak update blog sebab saya cuma pakai hp. Tak pandai lagi saya nak guna hp untuk buat entry. Saya minta maaf pada yang blogwalking dan tinggalkan jejak kat shoutbox tu tapi saya tak bw semula sebab susah nak klik situ. Saya harap next time boleh tinggalkan jejak kat
ruangan komen supaya lebih mudah saya singgah kat blog anda pulak.

Sekarang cuaca di pulau pinang sangat panas dan kering. Cuaca macam ni membuatkan saya malas sikit nak semai benih- benih sayur yang manja ni. Sesetengah pokok belum sempat petang dah layu dan ada yang daun terbakar.

Namun begitu ada jugak yang agak menggalakkan terutamanya tumbuhan yang menjalar. Di antaranya ialah petola, kacang botol, peria katak dan bunga telang, markisa, bayam malabar dan labu manis.



Post a Comment