JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Sunday, June 10, 2012

Tanaman terbaru

Balik dari kerja malam saya siram pokok2 dan alihkan sayur2 yang tumbuh dengan padat. Rasanya tak lama lagi dapatlah menuai daun sup,sawi hongkong, sawi Bunga, kailan dan kobis cina. Ada yang digantung dan ada yang disusun di atas simen.

Selain daripada itu carot heirloom dragon Dan top weight juga dah bercambah.

Benih2 bulb yang diorder dari Kebun Bahagia Bersama yang telah di semai 4 hari lepas juga tak menghampakan. Yang dah keluar pucuk adalah baboon flower dan gladiolus. Saya harap sangat bunga2 ni akan kembang semasa menyambut hari raya.


Saya update melalui mobil phone je ni jadi tak tau nak add caption for every picture. So this is update for today.







10 comments:

shafirul suffian said...

penyidai terpakai tu bagi idea kat saya jugak.. kat rumah ni pun ada satu sebijik macam tu...tak pakai dah pun.. boleh tiru...hehe..izinkan ekk...

hernyhafiz ^_^ said...

Shaffirul Suffian: takde masalah. Penyidai tu dah berkarat.dah tak pakai dah so buat sidai pasu lah! Selamat mencuba!
Terima kasih datang melawat ke sini ya.

Mama Pongkey said...

Betullah. Saya pun ada satu penyidai yang usang. Bagus direcycle ni... thanks for the idea Herny :-)

wani sc said...

taman tergantung ni. saya belum masuk bab tu lagi, container polisterin pun tak start lagi..huhu

hernyhafiz ^_^ said...

Mama pong key: penyidai ni Tak berapa kukuh. So kena balance pasu2 Kat atas tu. takut terbalik pula pasu2

hernyhafiz ^_^ said...

Wani sc: saya letak sayur2 yang nk dimakan mentah. Atas sikit.

lynnhelite said...

Ler.. sygnya..penyidai kain yg tak pakai ditinggalkan kat rumah lama..kalau tau boleh buat camni mesti lama dah copy..

mat jon said...

vertical garden tuuuu.. saya pun ada penyidai macam tu, tapi guna lagi.. terpaksa la cari alternatif lain untuk buat vertical garden.

TukangKebun said...

Moga-moga bunga tu kembang di bulan syawal nanti.Tingginya pokok bendi, nampak macam banyak buahnya.

hernyhafiz ^_^ said...

Lynnhelite:boleh buat trellis juga untuk pokok2 memanjat kan.

Matjon: orang lelaki banyak kudrat.macam2 boleh bina nanti.

Tukang kebun;:bendi ni memang tinggi tapi buah tak banyak sangat.setakat ni bulb semua hidup. Harap2 hidup la sampai berbunga.