Sunday, June 3, 2012

sambung berkebun

Semangat bercucuk tanam dah kembali. Start esok saya bercuti 2,3 hari, boleh la merumput dan alih kan anak-anak pokok. Esok bercadang nak mula menyemai carrot dan bulb2 dari diana kebun malay-kadazan girl. Benih2 dari australia tu. Harap2 dapat berkembang masa raya nanti.


Masa balik kerja tadi saya singgah nursery beli 10 peket tanah.. Esok cuti... kena bangun awal nak tanam pokok.. :)


Petang tadi sempat ambil gambar tanaman2 saya. Tidaklah seberapa pun.. pokok labu manis dan peria katak nampaknya tumbuh dengan baik...Tapi gambar peria katak tu blur la pulak...tak upload lah..
kailan



pokok kailan yang di tanam atas tanah, depan tu anak bendi dan selasih


tomato.. tumbuh tinggi.. buah tak lekat. Semalam siram dengan air perut ikan.. Harap2 berhasil




anak2 kailan- kat belakang sikit ada labu manis

labu manis-nak ajar dia turun tembok n panjat pagar


anak timun.. harap2 tumbuh la.. macamana nak bagi timun ni selamat ya?




anak tomato


anak kacang panjang


benih sawi hongkong yang di tabur semalam


ini pulak-kangkung..ada banyak benih tu.tapi baru tumbuh sepokok




container-kailan dan basil berlawan pulak.. tapi kailan tu nampak sihat kan?
bawang putih.. ada jugak anak ketumbar.. saya taburkan benih kuchai jugak..di sebabkan tanah ni free rumput so harap kali ni tak terkeliru antara kucai dengan rumput!




daun bawang patah2 sebab tak di kutip... juga semai daun saderi..


sawi hongkong. tersesat jugak benih ketumbar


benih kankung yang di rendam mself watering botol air mineral besar....esok nak susun dalam pot..


Post a Comment