JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Wednesday, June 6, 2012

Masak-masak hari ini

Esok ada kursus..so untuk esok tak masak lah. Saya masak beberapa masakan hari ni. Jemput menjamu mata ya!

kari ikan bawal ala mamak bersama kundur

Kari ikan bawal ni saya buat ala mamak iaitu tidak menggunakan santan dan rempah mau lebih supaya tahan lama.. Yang ni adalah stok kari untuk esok sekali. Kari macam ni makain dipanaskan makin sedap.

cara2 masak kari ni:

Tumis bawang putih, bawang merah, halba campur dan daun kari. Kemudian masukkan 2 peket serbuk kari. Tunggu sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan air, air asam jawa, garam, *daun pudina ,cili hijau, tomato,  serbuk perasa.

*optional

Sementara tu ikan bawal di gaulkan bersama serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga garing.

Berbalik pada kuah kari tadi bila dah mendidih boleh masukkan ikan bawal goreng dah tunggu hingga air kering sedikit.

* kundur tu adalah optional sebab ada lebihan so saya campak masuk je la.. sayur2 tak digalakkan jika mau simpan banyak hari.

Resepi ni sesuai di masak bulan puasa. Boleh simpan untuk sahur sekali.



Selain tu saya juga ada masak beberapa lauk sampingan.

ayam goreng kunyit




bayam malabar goreng bersama ikan tenggiri masin
sup kundur - ini sup untuk puteri yang tak berapa sihat - demam. Kundur ni secara tak langsung dapat menyejukkan badan.

7 comments:

wani sc said...

mmmm..menyelerakan! :)

hari ni sara pun mula selsema. harap-harap tak serius. moga puteri cepat sembuh.

Anonymous said...

rajinnyer masak... semua nampak sedap2

hernyhafiz ^_^ said...

Wanisc: musim kut. Nasib baik selera makan ok. Dah sihat sikit. Esok Terpaksa hantar ke taska

mat jon said...

alahai sedapnyaaa...saya tak sempat pun nak buat semua ni. weekend ni nak try kari bawal jugak lah...woooo tak sabarnya

hernyhafiz ^_^ said...

Matjon: wah awak pun memasak ke? Untungnya.

Puteri Purnama said...

sedap sup kundur tu.saya malas nak siang, kulit tebal dan berbulu halus, sakit kena kulit.

hernyhafiz ^_^ said...

Kundur ni muda so bulunya pun lembut lg