Tuesday, May 8, 2012

semaian baru



Alhamdulillah..petang ini saya sempat menyemai beberapa benih2 - sawi hongkong dan terung.. selalu fail tanam terung tak tumbuh2)

Benih2 yang disemai 2 hari lepas pun dah sprouting terutamanya lobak putih dah naik daun dah.
Bayam merah/ bayam putih, petola, labu pulak - tak nampak rupa...

Semalam saya tabur racun siput babi.. petang ni nampak ada 2 terbungkang mati .. Tapi saya tak puas hati- saya tau ada ramai lagi.. nak pergi cari jenis nugget pulak..yg kumpul ramai2 tu.. 

Raised bed pun dah siap (5 minit punya kerja) - biar dulu lah itu... tempat nak tanam carrot.

Petang ni nak cari bekas stryofoam untuk buat patch tanam sayur. Nak cari bata tapi taktau mana jual... letih nak membeli tanah isi dalam pot dah.. padahal tanah sendiri pun subur jugak..

lobak putih - kali ni nak tanam banyak sikit

anak2 kailan.. ada lagi 3 pasu... kali ni nak pindah ke tanah... buat patch

ni raised bed lucu yang yang saya maksudkan.senget benget... maklum la ibu beranak 1 yang buat.. tak pandai "handy".. walaupun kecik tapi 3 peket tanah sayur ni!.. eee dah la sepeket rm 4. nak buat tanam karot la- sayur berprofil tinggi!
sawi bunga -benih dah berakar tapi takde camera makro tak leh ambil gambar  

bendi singa
rasanya kailan kut

kailan juga..

Post a Comment