Sunday, May 13, 2012

mengalih bendi dan bayam

Walaupun ruang depan rumah tak lah sebesar mana tapi as full time working mom (FTWM) macam saya ni letih juga nak menguruskan nya. Tapi tak pe..saya anggap ini satu peluang untuk exercise memandangkan kalau nak pergi exercise kat luar tu lagi lah susah. Sebenarnya macam2 yang nak di tanam dan disusun depan rumah ni. Tapi kena tunggu sampai wall dan gate siap. 

Harini cuti dan suami ada di rumah. So saya buat la sikit-sikit. Tengok2 dah tengahari.. hmmm..

anak2 bendi yang baru di alih
ini pulak bayam. sya alihkan dari pot oanjang. Saya tengok dalam pot tu kurus2 saja. yang ni penah di tuai. Lepas dialih 2,3 hari nampak daun2 mula keluar balik
yang ni pulak memang bayam2 yang sangat bantut dalam pot tu.. rasanya dah 2 bulan kut..besar ni aja.. dah alih nampak naik sikit daun.
okra yang tak putus2 tapi sekali berbuah 1 aja... huhu
roselle - belum pernah petik lagi...


kacang panjang sulung dari pokok ni: tak lama lagi pagar ni nak kena roboh dah... 









marigold baru di ubah dari pasu





pot bayam di semai dengan benih dahlia, marigold dan cosmos
sprouting dari pot di atas

ruang depan rumah.. bahagian tepi pagar tu tengah memikir samada nak buat wall atau tak...  ataupun buat vertical garden ja: kena study lagi ni.




terima kasih
Post a Comment