Friday, May 11, 2012

masak-masak hari ni..


Hari ni saya terpaksa ambil cuti dan minta kawan sekerja ganti kan disebabkan puteri tak sihat. Semalam bangun mata ada discaj - dah kena conjuntivitis ataupun sakit mata. Bila dah sakit mata macamana nak hantar ke nursery. lagipun dia tak berapa sihat. Batuk dan ada wheezing sikit. Ini  lah akibat 2,3 minggu ni mamanya malas masak dan asyik berjalan. Banyak makan kat luar. Lagi satu kemungkinan hari tu mengemas store - cari barang2 nak recycle-- habuk banyak.. start tu dia mula bersin dan berhingus. Mungkin juga semasa di nursery berjangkit. Puteri pun start 2 may hari tu baru hantar nursery. Lepas mandi mereka bedakkan puteri. Puteri ni memang alergy bedak. Dari baby lagi memang saya tak bedakkan dia.


Puteri ni juga susah nak makan ubat. Lagipun saya lebih suka merawat secara natural. Cuma disebabkan wheezing malam2 saya letakkan syrup ventolin dalam susu- supaya lapang sikit dada.

2,3 harini saya sediakan teh O cair + daun pudina (kalau ada madu pun bagus) untuk cairkan kahak. So tak sakit dada sangat bila batuk2 tu. Bila masak pula kurangkan minyak. Sebaik2nya buat sup-tanpa tumis. Dalam sup letak bawang putih, lada hitam dan halia. Saya memang amalkan kan ni kalau puteri selsema atau batuk. Tapi jangan la terlalu banyak nanti terlalu 'panas'. Elakkan ajinomoto dan garam berlebihan - nanti boleh sebabkan dehidrasi - lagi kering tekak.

Harini seperti biasa bangun tidur siram pokok dan kutip apa yang boleh dimakan kat luar tu. Rasa sekejap ja hari dah petang. Sementara tunggu teduh nak berkebun petang ni... saya kongsikan sikit menu tengahari tadi..




ulam-ulaman : ulam raja, daun selasih, pucuk kari dan bendi celur
Petua elak bendi berlendir: masak air sampai mendidih, letak satu asam keping dan celur sekejap saja.

Bendi ni sebenarnya tak elok bagi kaum wanita. Tapi bagi ibu nak bersalin bagus la. Bendi yang saya kutip ni dah tua... tapi takpa puteri suka makan biji dia saja - kulit keras tu tak makan lah.. Buang dan tinggal teras kat dalam saja. Puteri cakap "wow.. macam jagung :) "


kacang buncis goreng
 Kali ni saya kutip kacang buncis lebih awal. Baru lembut dan manis. Kacang buncis ni 3,4 hari sekali dah boleh havest. Memang ada bekalan berpanjangan :) cukup la untuk kami 3 beranak saja. Hari kerja husband tak balik.
Sup sosej dan ayam.
 Sepatutnya ini sup ayam saja untuk Puteri. Disebab Puteri suka sosej so potong la sikit masuk. Letak halia, kulit kayu manis, lada hitam, daun sup dan bawang goreng.  At least dia ada selera nak makan pun cukup bagus time2 tak berapa sihat ni.
Daging goreng   
Daging ni lebihan buat rendang hari tu. Stok akhir.. jarang2 sebenarnya beli daging. Sebab daging ni nak masak sikit saja. hari tu pun beli 1/2 kilo boleh masak 3 kali. Sekali masak tahan sampai makan  malam. Daging ni saya masak bersama cili padi, kunyit, lada hitam dan daun selasih. Apa nama resepi- saya pun taktau :)
teh pudina + lemon
Untuk minum pula teh O cair bersama pudina dan lemon. 2,3 hari ni memang siang malam minum ni. Bagus untuk legakan sakit tekak dan batuk. Tapi tak perlu la manis2..

nyum..nyum..


Post a Comment