Tuesday, May 1, 2012

cuti-cuti ke cameron highland

Baru2 ni kami berjalan2 ke Cameron Highland. Bertolak pun dah tengahari. Memang tawakkal je la kalau dapat check in. Ramai sungguh pergi sana. Yelah, mungkin ramai yang sambung cuti sempena Labour Day kan.


puteri tido je sepanjang perjalanan
 Ini first time kami ke Cameron melalui jalan Simpang Pulai.   Banyak jumpa kampung orang asli kat kat jalan sebelah sini.
 kampung ni paling best siapa sakit jantung oleh datang sini ya. 

bantal ayam ni jadi peneman puteri kat seat belakang

dah sampai.. bangun2 minta susu..
 Jalan jammed walaupun kat tengah2  hutan belantara tu. Ramai yang datang dari KL rupanya. Lari dari "BERSIH" kut! Sampai2 terus isi perut sebab dah pukul 4 lebih. Kemudian jalan2 sekitar Brinchang untuk walk in - Check in. Memang tak dapat la..
dekat pekan Brinchang
 Kemudian kami round2 lagi sampai Tanah Rata. Hubby saya relax ja.Takper at least kita boleh round2 tak payah rushing..- katanya.. Kat Tanah Rata pun full. kalau ada pun bilik yang harga rm 800-1000. huhuhu.. Last2 dapat jugak kat Heritage Hotel - itu pun dah last room... nasib baik..Check in dah nak maghrib dah..

abah n puteri landing dulu..tengok la tapak kaki hitam sebab drive tak pkai kasut. 
wash room

bilik boleh tahan la...

balkoni tingkat 6.. bagus juga check in kat tanah rata ni..fresh ja..

puteri mandi dulu sebelum keluar merayau
 Lepas maghrib kami pun keluar untuk cari makan n merayau.
ambil gambar jap..puteri tanya ada hantu ke kat sini? erkk!!
mama & puteri :)

tengah hepy2

 Sementara nak sampai Pasar Malam Brinchang tu jalan memangla sangat semut. tapi takpe.. hubby saya relax ja.. Rupanya ada lori mati tengah jalan.. Jalan sikit lgi pulak ada tomboy ngan mamat bergaduh! kes terlanggar keta la tu  ..appara.... sebab depa la jammed punya panjang... apa lagi; HORN PANJANGGGGGG la...
riang ria pulak

datang sini memang nak cari strawberry coklat - ek eleh--beli ja kat tesco ada gak!

puteri tengah melahap - mama ambil sayuran goreng tu. RM5 sepeket ok..

konon2 nak buat slow shutter la ni..orang tak mau lalu lalang plak..sebelum tu ramai ja duk lalu2.. Standard la kan tengok orang ambil gambar depa bagi peluang.. Last2 sekali tensen gak orang kat situ apasal lama sangat ambik gambar... ahahahah

berebut pokok!kat sini saya beli pokok rosemarry ja..

bunga segar.. nak beli en. hubby tak bagi.. huhuhu.. ingatkan dia nak belikan kat kita
puteri pun geram tengok tapi abah tak bagi beli

inila menatang wheatgrass.. balik rumah nanti nak bela dia..
breakfast- puteri makan half boil egg ja.

..lepas breakfast ambil gambar kat sekitar hotel.. sebenarnya 2-2 belum mandi ni..hahaha
sukanya puteri n abahnya

mama kemas barang..puteri feeling2 sikit kat balkoni

kemudian bergerak kat strawberry farm

ada jual pokok2 bunga

gambar bertiga- jarang dapat ambil gambar bertiga ni.

cactus2 yang berbunga

kemudian masuk ke taman rama2. hubby mulanya malas sebab tiket murah mesti kecik. Penang punya butterfly farm RM20 kut.. masuk dalam best gak la..duk renovate nak perbesar lagi.


puteri sebenarnya takut dengan cactus2 ni..


ambil gambar sendiri :p





Dekat luar butterfly farm ni ada la jual pokok2. Kami decide untuk shopping last kat area2 sini ja. Kereta memang sangat banyak. Puteri pun dah letih. Saya beli beberapa cactus dan biji benih bayam malabar, bunga cosmos dan beberapa jenis lagi. Ada beli baja2 organic juga.


Dalam perjalanan balik memang mengantuk gila. Hujan pun lebat. Sampai rumah dah 12 tengah malam.

Keesokan paginya badan Puteri panas - Demam rupanya. yelah selalunya duduk kat pulau..Bila naik tanah tinggi- bertukar angin mulalah tak sihat.

Hari ni Puteri dah sihat macam biasa. Nasib baik la abahnya cuti sempena labour day ni....

Mama pulak harini keja....

-HAPPY LABOUR DAY-

Post a Comment