Friday, May 11, 2012

sambung bercucuk tanam lagi


 Sekarang dah tak hujan dah petang2.. so saya sambung la bercucuk tanam lagi.
 Kadang2 saya rasa fed up juga dengan tanah nursery. kadang2 ok kadang2 tak.. hmmm...sekarang saya cuba untuk tanam atas tanah sendiri aja.. Sepanjang 3,4 hari lepas saya dah kembali mengalih dan menyemai beberapa benih. Antara sayur yang saya alih ialah kailan dan bayam. Sayur yang baru disemai pulak sawi bunga, kacang panjang dan bayam.



kailan. ini bekas foam saya potong2 untuk but boarder aja... dalam tu da 2 ekor cacing yang besar2. :)
sebahagian kailan lagi

sawi hongkong rasanya



ini adalah pokok kacang panjang yang di tanam dalam pot kecil oleh anak saya ..puteri 3 tahun. rimbunan pokok ni dalam gambar di bawah

Tengah berbunga semula.. hari tu ada 3 kacang panjang dah masuk dalam sup dia..


ini pulak yang baru di semai 3 hari lepas


sawi bunga

bayam putih daun bulat hari ke 3..
Sebelum menyemai benih2 ni di tanah saya sudah taburkan racun siput babi. Nampaknya banyak siput babi yang mati.


 Pstt: Jika rakan2 ada singgah sini saya nak tanya satu soalan... ulat gonggok tu berbahaya tak pada tanaman? kalau bahaya macam mana nak hapuskan ye?
Post a Comment