Monday, April 2, 2012

pak choy - menanti masa untuk di tuai


Semalam hujan lebat. Pagi ni rasa nak melawat halaman rumah. Nak tengok apa jadi pada tanaman-tanaman saya tu. Adakah cedera parah ke masih teguh. Nak tengok jugak perlu tak di siram.  Tengok sawi pakchoy ni rasa macam sedap pulak. Adalah 4-5 pokok je pun. Bolehlah setakat nak campur dalam sup fishball bagi Puteri makan. sebelum ni asyik kangkung dan daun bawang je kena harvest. Lepas ni kena tanam lebih lah. Bila lah agaknya tak perlu beli sayur kat pasar.


siap hangpa sikit masa lagi!!- rumput2 nampaknya yg galak tumbuh!




Sawi bunga wang bujang.
Cambahan baru selepas 3 hari di semai. Kali ini punya semaian kena label.nanti taktau nama


Post a Comment