Friday, April 13, 2012

my backyard

Actually i can name it my messy backyard :p

Kalau rasa stress saya lepak kat sini. Sebab sini takde orang nampak... pagi ni awal sikit melawat sebab semalam hujan lebat sangat... takut pokok2 hanyut especially yang dalam bekas foam tu  pasal saya buat lubang kecik ja..sebelum tu jumpa ramai pelawat juga..
ni dia... terpaksa pakai garam halagel kasi mati..tapi rasa cam sedih jugak atas kekejaman ini.. sorry ya siput2..tapi korang ni melampau.. pegi la makan benda..sebelum aku wat gardening korang boleh gak hidup kan?
Antara tanaman yang ada kat ruang yang kecil ni - daun kesum, serai, kacang panjang, daun pudina, basil, kangkung, daun bawang, tomato, pakchoy, daun selom, lobak putih, cili, bayam malabar -merah/hijau dan bendi... Tanaman je.. hasil belum lagi.. setakat ni- cuma kangkung. Daun bawang, kangkung dan pakchoy je dah kena harvest.
serai

daun bawang lagi

tomato

kangkung - setiap kali beli kangkung korek n "simpan' :)


remayung merah- kat belakang tu ada PATI - pagi2 datang minta makan kalau tak bagi duk buat muka sekupang. dah kenyang baru nak blah..

bayam malabar/remayung merah/basella rubra/sayur raja.. haa apa lagi nama dia? memanjat la korang dengan pancang yang tak seberapa tu ya..

pakchoy yang baru lepas kena hujan.. kongsi pot dengan kailan dan basil

daun selom

kacang panjang. ada 4 pokok..jangan curi2 masuk rumah jiran tau!

bendi

kangkung

Pokok kesum dan pokok pudina pulak potong then semai balik.
pudina
semai dalam pasu kecik-niat nak bagi kat MIL ni..

kesum
Ada jugak new sprout.. benih bercampur2 - antaranya sawi hongkong, kailan dan sawi pakchoy.
kailan kot...

antara yang ada kat atas tu.. cili, lobak putih, timun jepun, peria katak, limau nipis..


Dan paling penting bapak kepada semua tanaman kat sini.
pisang


Selain tu ada jugak tunas daripada benih2 sesat. Rasanya datang dari air recycle basuhan sayur dari dapur atau sisa campakan dari peti sejuk :p
cili .. itu siput sudah "selamat" :p
Post a Comment