JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Thursday, April 12, 2012

menuai pakchoy untuk pertama kali

Seminggu lepas saya harvest pakchoy pertama saya. Rasa berdebar-debar pulak masa nak potong tu...
Inilah hasil tanam sendiri. Daripada 4 pokok.
Kemudian di buat sup sayur bersama fishball. rangup!



Tapi yang tak bestnya.. saya harap pakchoy ni boleh di kerat dan tumbuh balik... Rupanya mati busuk macam tu ja.. Dari 4 pokok tu , 1 saja yang terus hidup. Mungkin saya potong rapat sangat dengan tanah.. Kemudian sekarang kan hujan... lepas ni nak ambil sehelai2 je la....



2 comments:

Iskandar Abdul Rashid said...

Sayur pertama yang saya tanam dalam pasu ialah brokoli. Ia tumbuh dengan subur dan cantik hingga saya tak tergamak nak tuai. Bila balik kampung, kami terlupa tentang brokoli tu. Bila kembali brokoli dah kering.

Itu 20 tahun dulu. Sejak itu saya dah tanam macam-macam dalam pasu. Rasa berdebar nak tuai dah tiada lagi. :) Saya dapatkan bayangkan rasa tersebut bila nak potong sawi tu. Sepatutnya memang boleh guna kaedah kerat dan tumbuh lagi. Boleh juga semai secara berperingkat supaya tuaian tak putus-putus. Misalnya semai sawi sedikit-sedikit seminggu sekali, supaya dapat tuai seminggu sekali. :)
Masakan tu nampak sedap, pasti rasanya enak.

iskandar

hernyhafiz ^_^ said...

terima kasih tuan iskandar sudi jenguk ke sini. Wah brokoli tu... kalau jumpa benih mungkin nak try lah... rasa sebab hujan lebat kut pokok yg di potong jadi lembik.. Memang saya tanam berperingkat2. Dalam bekas styrofoam pun ada lagi pokok2 pakchoy.. tapi takut nak harverst lagi.. saya cuma ambik daun ja...tak berani dah nak cut macam gambar tu..