JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Tuesday, April 3, 2012

kenapa pelawat dihadkan dan kanak2 tidak digalakkan melawat ke hospital terutamanya unit rawatan rapi (ICU)

Di hospital terutamanya di unit rawatan rapi atau ward yang mempunyai ICU setting waktu melawat adalah di hadkan, dan bilangan pelawat pada satu2 masa adalah di hadkan. Kanak-kanak jugak tidak di benarkan melawat pesakit-pesakit di ICU. Walau pun terdapat notis yang di papar kan tetapi kebanyakan pelawat tidak mematuhi dan tidak mengendahkan notis itu.

Antara alasan popular yang di berikan oleh pelawat:

1) "kami datang dari jauh nak tengok sekejap ja" - kemudian masuklah satu group besar untuk "melawat" pesakit.
2) "ni cucu dia- lama tak jumpa-asyik teringat ja" - kemudian bayi2 / anak kecil di kendong untuk "melawat" pesakit.

Antara sebab2 mengapa "restriction" ini dilakukan adalah:

INFECTION CONTROL

 i. Pesakit-pesakit di ICU mempunya immunity yang rendah disebabkan proses
penyakit.  Mereka mudah di jangkiti kuman. Setiap pelawat perlu mencuci tangan setiap kali sebelum dan selepas menyentuh pesakit dan peralatan. Dengan mengurangkan bilangan "contact" ia juga dapat mengurangkan risiko infection.

ii. Selain itu pesakit-pesakit yang critical juga kebanyakan terdedah atau telah dijangkiti dengan kuman2 berbahaya yang "common" di kalangan pesakit ICU di sebabkan pertahanan tubuh yang rendah contohnya MRSA  dan MRO.

Senang cerita - " pelawat" boleh merupakan agen utama untuk menyebarkan kuman. Dengan membawa anak2 kecil anda masuk ke tempat yang tidak dibenarkan adalah mendedahkan mereka kepada kuman2 yang boleh membawa maut!

UNTUK MEREHATKAN PESAKIT

Pesakit2 di ICU adalah kritikal. Mereka perlu berehat dari segi mental dan fizikal. Kedatangan pelawat penting untuk memberi semngat dan sokongan emosi. Tetapi jika terlalu ramai ia merupakan satu gangguan emosi yang boleh menerukkan lagi keadaan pesakit. Pesakit akan merasa letih dan penat "melayan pelawat" ini.

MENGGANGGU STAFF MENJALANKAN TUGAS
Pesakit2 di ICU adalah di monitor secara berterusan. Mereka berisiko untuk collaps bila2 masa. Kalau ramai2 pelawat masuk , jika pesakit collaps mereka akan mengganggu perjalanan tugas. Jika kanak2 pulak keadaan critical di ICU boleh menyebabkan mereka mengalami gangguan emosi melihat jika ternampak situasi yang agak ekstrem.

ANTARA PROCEDURE2 DI BELAKANG TABIR  YANG TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN KEPADA PELAWAT:


ETT INTUBATION


CARDIO-PULMONARY RESUSCITATION (CPR)


WOUND DRESSING


ENDOSCOPY


CENTRAL LINE INSERTION



Video2 di atas adalah antara procedure2 yang biasa. Rasanya dah tak terkira- berpuluh2 kali dah saya terlibat . Video2 tersebut adalah yang antara ter"singkat" dapat saya search. In real-dari pengalaman saya adalah lebih dari itu. Dan procedure2 di atas tu hanyalah sebahagian dari rutin kerja saya. Dan saya harap "pelawat" supaya faham kerana yang paling penting adalah membantu pesakit mendapat rawatan yang lebih baik. itulah sebabnya "ICU" - I see You only. 

9 comments:

YuYu Mt Isa said...

bagus informasi mcm ni. susah nak dapat kalau google pun. saya suka entry ni.

hernyhafiz ^_^ said...

thanks yuyu.... sharing is caring...

Syaz said...

good info..pernah sekali berlaku pada saya...i was admitted in private hosp due to my pregnancy...dok plak bilik sorg2...xputus sedara2 datang melawat...sedara yg xpenah jumpa pun datng melawat..which is bagus la kan..BUT..mentang2 bilik kita bilik sorg kan...dah jd tempat berkelah dhhh..sampai kol 11 mlm pun ada yg xreti2 nak balik...siap bancuh air lagi...so the next day terpaksa bohong ckp doc x kasi melawat..huhu..elok2 nak berehat jd tention plak kan..

hernyhafiz ^_^ said...

betul tu.. selalu staff yang keja pada hujung minggu atau public holiday pun memang pening nak melayan karenah pelawat yang berkunjung macam pasar malam. sekali dua ditegur buat tak heran ja.. Sudahnya macam2 komplikasi yang dapat pada pesakit. Pesakit yang stabil terus jadi tak stabil.

ila said...

baguslah info nie

hernyhafiz ^_^ said...

terima kasih....

lynnhelite said...

hm.. same to me..couple of yrs back i have my own battle with cancer.. no way am letting any1 to visit me in hospital..why? i dnt like self-pity-look and tell me how sorry they are..u think its easy to let ppl see me with half botak, mandi smtimes sekali jer, vomit in the bed, etc, etc? ICU means critical...leave it the doctor and nurse..they knew the best

hernyhafiz ^_^ said...

lynnhelite: tq for visiting :) today experience is very annoying too..i incharge of patient with maximal life support ..that means i have to be continuosly-every minutes with patient(of course no est,no drink,no pee. our specialist, MO already explain completely but relative keep on come in and ask me every 5 minutes is it improve? and keep on "disturb" patient... they keep talking with patient whereelse we want her to "rest".. they dont uderstad that they action will worsening pts condition...they dont understand that my job to attend patient not to attend them...(sigh)..everyone want to ask the same things even we 'd already explain so many time! sabar je la....

lynnhelite said...

i completely agree with u! then suddenly everybody seems expert in cancer! cannot take this, cannot eat that, bla bla bla.. mcm u ckplah..some mcm terrer sgt pergi soal siasat nurse, what is my condition, what is the next step..yada, yada..kesian..i salute to all nurses, after had my own exp, both private & govern hospital, they are amazing!