Thursday, April 19, 2012

hari yang panjang

salam..
coretan hari ni lebih kepada diari untuk diri sendiri bersama cousin ku yuyu. Semalam adalah hari yang meletihkan. Mula 2 si yuyu ni dah sampai ke terminal bas Sungai Nibung seawal jam 5 pagi.

Disebabkan aku kerja malam habis shift pukul 7 pagi... terpaksa la si yuyu ni melepak di situ dengan banyak mata yang  memandangnya. Terminal Bas Sungai Nibung ni bukannya sibuk macam puduraya tu..

Selepas jemput yuyu, kena ambil  Puteri dari rumah tokmak dulu kat Air Itam. Kemudian patah balik ke Pasar Gelugor untuk makan nasi lemak. Kalau perut kosong camana nak tidur ye tak?

Dalam pukul 9 lebih baru sampai rumah. Perjalanan round Island waktu peak time orang nak pegi kerja memang la sangat semut.

Selepas melantak kami pun terus tidur.

Kemudian.. dalam pukul 12 masing dah siap so start engine  kereta nak pergi withdraw duit dulu. Ergghh.. takde parking plak.

Pastu pergi Petronas je la.. ada ATM. Sambil tu isi minyk full. Plan nk shopping then nak pergi Penang Butterfly Farm.. Sambil nak bbuat Photoshoot dengan Puteri yang dah dress up ala2 princess ni..yuyu  pun usung dia punya DSLR dia tu.

Perggh..tetiba nak start enjin- tak hidup plak... nasib baik ada mamat drebar lori tolong tolak pergi park jauh2 sikit.. kemudian kontek ah kau. Sambil tunggu lepak kat kedai mesra setengah jam- sukala Puteri buat macam pergi beraya open house pulak - macam2 dia amik kat dalam kedai tu!! ah kau datang check rupanya bateri kong.. tau2 ja PHH ni nak pau aku kan..

Lepas caj- pergi antar workshop la. Memandangkan memang time nak servis baby ku tu..so aku decide tinggal la dulu kat situ untuk buat apa2 yang patut.. nasib baik ah kau ni baik hati hantar balik kitorang kat Sungai Nibung pasal kena beli tiket Yuyu nak balik Shah Alam..

Dari Terminal Bas amik cab pergi Queensbay Mall.. makan dulu .. lapar gila dah pukul 3 pun. Makan dulu kat  chicken rice shop. Sebenarnya apa yang nak di cari takda kat sini..

So terjumpa benda lain. Shopping untuk Puteri dan Yuyu je lah...

Kemudian kami amik cab lagi pergi ke Kompleks Bukit Jambul.

Survey punya survey dapatla apa yang di cari..

 mula2 nak beli yang ni..



 last2 tangkap ni lah..



 Thanks yuyu sebab jadi saya punya PA.

Then dah kami pun amik cab untuk balik rumah. Caj rm12 gak. Padahal dari BJ ke rumah aku tu 2 minit ja!!

Huh!.. harap2 harini kali terakhir aku naik cab...

Malam kitorang dinner .. kemudian hantar yuyu pergi terminal bas.. Saya dan puteri memang letih sangat dan terus pengsan....

Dear yuyu rehat dulu ya..I'm waiting our picture..

Bangun tidur puteri yang paling suka dengan kawan baru dia...

lepas ni tak le kacau mama on line ya!


mama cukupla dengan keperluan.  yang bolej caj seminggu sekali ni :)


Post a Comment