JOM SHAKLEE!

anda nak dapatkan produk produk shaklee atau nak jadikan shaklee sebagai sumber pendapatan ? hubungi saya. whastapp 013 5825382 herny hafiz

Sunday, April 22, 2012

Earth day and great clothdiapering change!!!

Hari ini merupakan hari bumi....
Sedikit saya nak ceritakan mengenai Earth Day ni...

So, apa yang  kita lakukan kepada bumi yang akan kita wariskan kepada anak cucu kita?

Bagi saya, sekurang-kurangnyanya saya telah membantu dengan menggunakan lampin kain sepenuhnya kepada anak saya.  

Sempena Earth Day juga telah berlangsung great cloth diapering change kali kedua di mana menyalin lampin secara serentak di seluruh dunia bagi menyampaikan mesej untuk kita bertukar daripada DD kepada CD. Acara ini juga adalah untuk dimasukkan ke dalam Guinness Record.



Mengikut laporan dari kawan-kawan saya  di Malaysia Great Cloth Diaper Change 2012   pada malam tadi bertarikh 21 April 2012 telah disertai seramai 29 peserta di Saujana Utama, Sungai Buloh dan 34 peserta di Putrajaya! So, 63 anak2 ini telah menyumbang kpd world record. Terkilan juga sebab tahun lepas saya berkursus dan tahun ini pulak anak saya dah tak cukup syarat :p

Tahukah anda penggunaaan lampin pakai buang (disposable  diapers-DD) merupakan sampah ke 3 terbesar di dunia. Bagi yang mempunyai anak kecil yang menggunakan DD tengok sendiri la berapa banyak sampah hasil DD yang di buang setiap hari?
Seoarang bayi yang berDD banyak ni lah sampah dia sepanjang penggunaan DD.

pikirla sendiri...

Sebenarnya banyak isu yang dilemparkan mengenai penggunaan lampin kain (Cloth Diapers-CD) ini.
Bocor la, tak sempat la..

Jika saya yang bekerja shift, travelling setiap hari boleh menggunakan CD saya rasa tidak ada masalah. Saya juga tetap berCD walau travelling samada naik bas atau flight. Walaupun bercuti samada tinggal di hotel atau rumah saudara mara.Yang penting cuma mahu atau tidak saja!

Bagi saya sebab utama saya menggunakan CD pada anak adalah sebab kesihatan kerana anak saya saya alergy dengan penggunaan disposable diapers- boleh saya katakan saya telah menggunakan segala mak nenek brand DD ni.
my Cding princess....

Di samping itu baru lah saya tau sebenarnya perubahan yang sedikit ni merupakan penyumbang kepada bumi yang lebih hijau.

Mengapa saya tak menggunakan CD dari awal?
Sebenarnya saya sangat menyesal kerana tidak mengetahui mengenai penggunaan CD dari awal ni.

Next time..will always go CD!!!!
Time to change mommies.. no more disposable diapers. Lets make a great change and save the Earth!

8 comments:

Syaz said...

tringin nak ber CD...tp rasa mcm payah plak...next baby will try for CD...menda ni sama mcm BF...dulu masa anak sulung rasa mcm susah BF2 ni..but masuk no 2 saya tekad nak BF..alhamdulillah berjaya smpi skrg...anak no 3 nak ber CD dgn BF...:) herny bole share x pengalaman awak berCD dulu...brapa lai kene ada...seminggu brapa kali basuh...1 insert tahan utk brapa kali kencing..huhu sorry la byk plak tanya..:p

hernyhafiz ^_^ said...

tahniah!memng agak payah..tapi jika dah cekap mengendalikan CD- sebenarnya ia lebih mudah dari DD. bila dah ada stok yang cukup dan CD yang sesuai dengan anak. tak payah fikir lagi bulan2 nak spend beli DD, nak handle masalah rashes, nak buang sampah hari2. saya mmng ada agak bnyak stash CD. cukup untuk pakai seminggu .saya basuh setiap 2-3 hari-kadang2 5 hari. satu CD ada yang tahan 8-12 jam bergantung pada jenis material.tapi saya advise tukar setiap 3-4 jam untuk kesegaran..ada banyak jenis CD dari harga belasan ringgt hingga Rm100++. bergantung pada material, design dan brand!

Syaz said...

thanks herny...nnt nak try CD..:)

hernyhafiz ^_^ said...

selamat berjaya :)

TukangKebun said...

Anak pertama saya dan kedua pakai cloth diaper. Senang takde nak fikir masalah ruam.Sekarang ni tengah kumpul CD untuk baby ketiga pula.

hernyhafiz ^_^ said...

tahniah.. dekat Aussie lagi macam2 brand yang bagus2 kan?yg anak saya pakai kat atas tu cusheeTushee from aussie la u :p
yer..masalah ruam memng settle...

zicron21ck said...

zaman sekarang da senang dengan CD2 moden ni... tak perlu susah lipat kain lampin dan ikat2...hehehe

akan datang camne la plak rupa lampin untuk bayi ni...huhuh

hernyhafiz ^_^ said...

Itu lah.. mak2 salleh dah 10 tahun lebih dah revolusi CD..