Thursday, April 26, 2012

doktor lelaki rawat pesakit perempuan

Baru2 ini saya berpeluang menyertai seminar perubatan Islam zon utara.


Banyak info yang saya dapat mengenai isu2 perubatan kini. Walaupun tak dapat semua sekurang2nya dapatlah sedikit take home message. Ini melalui apa yang saya faham sahaja. Bukan untuk meletakkan hukum atau sebagainya. Saya bukanlah orang yang layak :)

Salah satu mengenai istilah perubatan Islam. Sebenarnya perubatan moden ini juga adalah perubatan Islam selagi ia mematuhi hukum2 syarak kerana ilmu itu luas. Jangan sempitkan pandangan dengan memikirkan perubatan Islam itu hanyalah perubatan di pusat rawatan Islam sahaja.

Selain itu, dalam konteks Malaysia- kita masih lagi daam keadaan darurat. Contohnya di hospital kerajaan kita tak boleh memilih doktor kerana masih dalam darurat. Kita kekurangan doktor Islam dan doktor perempuan pula tak semua kerja di unit gynaecology and obstetric (O & G). Darurat itu adalah dari pihak perubatan dan pihak pesakit. Jika pesakit mampu mendapat rawatan dari doktor perempuan dia bukan lah lagi darurat. wallahualam.

Dan kita-perempuan, jangan asyik komplen saja jika dapat rawatan dari doktor lelaki. Sebenarnya fardhu kifayah juga untuk kita menghentikan darurat ini. Didiklah anak perempuan sebaik2nya supaya kita menjaga wanita2 Islam di kemudian hari.


*Ini sekadar pendapat saya dan sedikit mesej yang dapat saya terjemahkan. Wallahualam.
Sesiapa yang mahu mengetahui lebih info boleh la jenguk ke Pertubuhan Amal perubatan Ibnu Sina Malaysia (papisma) . Pertubuhan ini terdiri dari Doktor2 Pakar Islam seluruh negara.




Post a Comment