Wednesday, April 4, 2012

ayam panggang blackpepper

Malam ni saya keja night duty. So ada lah banyak masa sikit untuk uruskan rumah yang tak terurus ni. Letih sangat bila direct 5 hari kerja petang. Walaupun shift start pukul 2 sampai 9 malam, tapi pukul12.30 saya dah kena keluar rumah untuk hantar Puteri ke babysitter. Maklumlah time2 begini gak peak hour - lunch time lah, budak sekolah sessi petang nak masuk lah. Perjalanan nak pegi keja yang kalau jalan clear hanya mengambil masa 15 minit terlajak sampai sejam lebih. Malam sampai rumah standard time pukul 10 malam hingga 11 malam. Huhuhu... jadi amatlah letih and malas rasanya...

Harini masak lah yang simple2 ja untuk saya dan cikput ni... nampaknya dia suka...
menikmati ayam panggang. 1/4 ayam memang untuk dia lah..

Sebelum tu..Godek2 dalam peti sejuk jumpalah bendalah ini.

 Alamak ayam yang betul2 seekor. Selalunya kalau beli ayam dah siap belah 2 ke, 4 ke, 8 ke atau 16. Kalau macam ni rasa agak mengerikan. Sebenarnya siap dengan kepalanya sekali. Pikir2.. ok la.. recall macammana orang kat pasar buat..
Nasib baik tak hancur. Segala organ dalaman - usus, hati, jantung, limpa semua - kasi buang. Malas nak proses.


kemudian belah lagi. Dapatlah 2 bahagian peha ni 1/4 ayam kan.


cuci bagi bersih then taburkan blackpepper dan garam


 menggunakan pemanggang ajaib ni macam2 resepi boleh buat. saya memang suka masak pakai ni.

susun kan 2 ketul ayam ni kat dalam. Pasang api dan biarkan. Api slow ja. Dalam 30 minit dah masak. Tak boleh buka kerap2 nanti pressure hilang tak masak pulak.

 Hasilnya.. Ayam panggang yang mudah dan sedap.


masa panggang tu 3 keping tisu dapur di gunakan untuk buang lemak2 yang cair... banyak lemak betul!






Post a Comment