Thursday, March 15, 2012

Tanam Bawang

Semalam pergi tesco ada jual bawang murah. Sekilo RM 0.90 ja..tapi kualiti nya..hmmm...kebanyakannya dah berdaun. Ramai orang pilih bawang yang cantik2. Tapi aku pilih bawang yang daun besar2..kih..kih..kih... heran ja orang2 tu tengok... hasilnya dapat la 5 ulas yg berdaun dan 3 ulas yg elok2 untuk buat masak. RM0.60 ja.

Hari ni projek tanam bawang. Harap lepas ni buat telur dadar boleh petik belakang rumah ja.

buang kulit luar sebab boleh menarik perhatian serangga- ni boleh la digunakan untuk masak

Ini lah keadaan 'benih2' daun bawang aku....nampak tak akar2 terjojol tu?

Kemudian tanam dalam pasu.
(nampak tak ada seket daun kat tepi tu--tu daun bawang putih.
Kayu kecil kat kanan tu batang daun selasih. ntah nak hidup ke tak.



(*Kualiti gambar blur2 ja... huh.. pakai kamera HP murah)

* hasil dari belajar tutorial dari my little potted garden




Post a Comment